
Facts of swearing.
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata Bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam. “Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, “Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya.” Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian. “Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi – Saya tidak melakukannya,” kata Dr Asri. Menurut beliau, “Kedua-dua mereka, baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah. Inilah cara yang pernah Nabi buat dulu,” jelasnya Dr Asri lagi.
Kenyataan Saiful bercanggah lagi !!!
Hah …. sudah terbongkar. Tanpa sedar kenyataan Saiful sudah menjadi tunggang terbalik. Sila baca lapuran Utusan Melayu yang terbaru …. \”Mohd. Saiful Bukhari Azlan menegaskan, beliau tidak rela sama sekali ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada 26 Jun lalu..\”
Beliau yang bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira pukul 6.30 petang ini bagi membuktikan dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:
“Ini dilakukan tanpa kerelaan saya. Saya tegaskan di sini, perkara ini (diliwat) berlaku tanpa kerelaan.”
Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab: “Ya, Ini (kejadian liwat) kali pertama.”
Cuba anda rujuk berita sebelumnya ….
Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat. – Beberapa kali atau sekali? – kenapa kenyataan Saiful berubah ubah? Masih mahu bersumpah?
Mohd. Saiful memberitahu, beliau bersyukur dan berasa sangat lega selepas melakukan upacara bersumpah laknat hari ini dan buat pertama kali beliau mampu memberanikan diri berdepan dengan para wartawan dalam sidang media itu. – Utusan
KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti,\” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.
Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.
Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.
“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.
“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya,\” kata beliau.
Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.
Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.
“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong,\” katanya.
Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.
Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.
Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.
Turut hadir ialah para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
Saiful “FREED” ANWAR..?
Saiful did you just FREE Anwar..? There is no more argument is there..? Do we need to say anymore..? You make your own judgements, right?

