Archive for January, 2006

Waktu Itu

January 22, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1137999425-hr-5.jpg\”

waktu itu
siapa menyangka
kita berlari bebas
beterbangan ria
bernyanyi lagu unggas
tak senada tak sekata

waktu itu
siapa menyangka
tawa riang
senda loka
berlalu mencakar gurisan rasa


waktu itu
siapa menyangka
pengharapan sebuah hati kecil dalam kealpaan
asyik
menjenguk-menggapai
kesamaran cahaya
dihujung sebuah infiniti
…kan mengalir lesu akhirnya

jerih
merempuh meredah menerjah
kuntuman noktah-noktah berbunga duri
penuh menyekat sepanjang jalanan

…mengundang tangis sendu
dalam diari mimpi

//////////////////////*****\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Advertisements

PENGEMBARA

January 22, 2006

Seorang pengembara berkelana di dunia
menjejak ketandusan dalam suram cahaya
jiwanya lapar dahaga rindukan bahagia
menyusur jalanan mencari sejahtera

Setapak melangkah gementar debaran hati
lantas sujud menyerah meratap kesalan diri
haruskah terhenti perjalanan ini
mencari-cari nikmat kurnian Ilahi

Nasihat sipengembara jangan menzalim diri
jauh di hujung sana ada tempat abadi
disitu ia kan kembali menghadap Ilahi
kawan pangkat dan harta akan terus menyepi

Indahkan, indahkan amalan diri
supaya kita tidak kelak menggigit jari
buat kebaikan mungkar dijauhi
kerana pengembara ujud di diri ini…