Archive for August, 2006

Sept 1 – Sept 6, ’06

August 31, 2006

1/9/06

Mula hari ini, aku hanya ingin menyelam serta merakam retorik — tentang imbasan dari jurnal hari hari yang berlalu..

The Past

The Past is not unchanging.  Often we learn new things that change our understanding of what past events truly meant and create new appreciations of how things really fit together.  The Past, may be much more than a documentation of what happened.  Frequently, it is a reevaluation of the meaning of what has occurred that can lead to changing one’s understanding of what is happening in the present or will eventually happen in the future. The Past is an objective look at what has happened.

Memories

In contrast, Memories is a subjective look at what has happened.  Therefore, Memories of the same events varies among individuals creating many different and possibly conflicting recollections.  Often one’s current feelings come from memories, both pleasant and unpleasant – revolving around an effort to resolve issues by recalling or forgetting them.

Pening aku bila cuba memahami dua perenggan di atas..! Dan setelah aku amati, aku ungkapkan sahaja penerangan itu sebagai: SEDETIK LAMPAU – SERIBU INGATAN..

 

2/9/06

Sedetik lampau ehh?
Pelik? Mustahil? Takkan, dalam usia yang selanjut ini, aku cuma ada “sedetik lampau”..? Apa, “lampau-lampau” yang lain, tak layak untuk direnung? Tak layak untuk diberi seribu ingatan? Tidak ke kita dianjur bermuhasabah? Pengalaman kita kan rujukan berguna untuk meneruskan langkah? Jangan mudah lupa.. Jangan lupa sejarah.. Ahh retoriklah tu..

Seharian suntuk, aku terbongkang di katil, hari ini.. Aku ingin menjadi orang yang lupa.. Bagi tujuan itu, telefon bimbit merangkap penyambung inspirasi aku, sejak seawal pagi tadi, sudah aku sorok ke dalam laci di almari buku.. Biarlah ia berdering sendirian di situ.. Sekurang-kurangnya, buat sementara waktu ini, aku bebas dari igauan sejarah semalam.. 

 

3/9/06

Igauan harus dihentikan.. Tapi bagaimana? Sedangkan aku tidur siang, semalam.. Kata orang igauan itu, mimpi siang.. Aku sengaja ingin mengigau agaknya?

Okey, baiklah…sebuah penjadualan bijak harus direncana supaya apa yang berlaku hari ini tidak akan mempengaruhi esok-esok yang bakal aku tempuh..

“Impulsive Responses..!” kata kawan aku..
Panjang pula bebelan dia, bila nampak aku terkebil-kebil untuk menerima anjuran itu.. “When someone’s problem revolves around the unsuitability of someone’s essential nature to a given situation or environment, the central issue is Impulsive Responses. The solution lies in the character conditioning himself to either hold his tendencies in check or develop methods of enhancing areas in which he is naturally weak in reason, ability, emotion, or intellect..”

Hah, semakin pening aku, dengan bebelan sebegini..

“So?!” Herdik kawan aku sekali lagi..
“So?” Itu sahaja yang mampu aku hamburkan..

Maaf ya, entah kenapa, dengan tiba-tiba sahaja, lidah aku kelu..
Ahh, hari ini bertarikh 3 september rupa-rupanya.. Kenapa aku takut dengan tarikh ini? Apa signifikan tarikh ini?

“Jadi,  kau tak mahu kongsi masalah dengan aku?” Memang ada bakat penyoal siasat di Bukit Aman, kawan aku yang sorang ini.. “Setiap kali melangkah, kita mesti merancang..” Tegasnya, bila aku malas nak layan dia..

“Ah, sudahlah.. 3 September bukan urusan kau..” Jawab aku dengan nada yang aku seorang sahaja yang dengar..

“Berapa? Berapa haribulan berapa..” Aku tersenyum sendirian, bila melihat kawan penyoal siasat aku  ini, yang cuba-cuba nak kaunseling aku, melopong macam badut tak ada peminat.. Kesian aku tenguk wajah hampa dia, semasa beredar.. Hah..! dia ni memang berbakat seorang pembebel.. Sebelum beredar, sempat juga dia peningkan benak aku yang sudah sedia pening sejak berbulan lalu..

“Developing a Plan means coming up with a practical implementation of an idea.  It is not enough to simply have the idea.  To conceptualize, one must develop an actual mental model of how such an idea might be made manifest.  In other words, one might have an idea to build a spacious house.  But to conceptualize the house, one must imagine everything that makes up the house — the design, the layout, the colors & textures, everything that is essential to understanding what that specific house is.  Developing a Plan requires being able to visualize something as a whole..!!!”

Memang dia terkilan kerana sikap bebal aku.. “Eh, jangan tunjuk muka bebal kau depan aku.. Kau mesti berubah..! Tahu tak makna berubah?!”

Hahaha, aku tak sangka kawan aku yang nampak waras ini, kelihatan sewel, bila dia mempersembahkan hujah dalam bahasa Inggeris, yang susah untuk dikutip, pada satu-satu ketika.. Tambah-tambah lagi, bila dia sendiri tak dapat menyebut istilah-istilah yang entah dia kutip dari mana.. Setahu aku, dia tidak pernah lulus ujian bahasa Inggeris sejak zaman sekolah rendah..

 

4/9/06

“Aku perlu berubah? Apa salahnya kalau aku teguh pendirian? Mengapa aku tidak boleh menganggap aku masih berada di keadaan pada tarikh-tarikh sebelum 3 September? Kan sebelum itu keadaan masih berpihak dengan aku?

Either you change or remain steadfast, its up to you..” Tegas kawan aku apabila dia cuba memahami (mencungkil lebih tepat) akan segala keresahan yang sedang melanda aku..

“Masih nak berahsia dengan aku ya? Lantak engkaulah.. Tak ada faedahnya aku sama-sama resah dengan kebodohan engkau itu..! ”

“Dah, jangan nak bereverse-reverse psychology dengan aku..” Aku cuba tangkis terjahan psikologi dia.. “Hal-hal sebegini, cuma aku seorang sahaja yang faham.. Kau tak akan faham.. Sesiapa sahaja yang telah berkonspirasi sampai aku jadi begini, juga, tak akan faham..!”

“Kalau kau faham, kenapa monyok setiap kali duduk depan aku?” Sifat CIA kawan aku, teserlah lagi..

“Monyok ehh? Tak adalah..” Aku menjawab selamba.. Kawan aku seperti cuba menyebut “tetapi..” Tetapi dia berfikir sebentar.. Terkumat kamit mulutnya, tanda ingin bersungguh dengan apa jua yang hendak diperkatakannya selepas ini..

“Hah, kau nak kata apa tu?” Aku pula yang menyergah.. “Tak ada apa..!” Jawabnya ringkas.. Seolah-olah putus asa dengan sikap dingin aku terhadap kesungguhan dia untuk membantu teman yang telah dikenalinya, sejak bertahun-tahun dulu.

Tak ada apa?! Memang tak ada apa yang berlaku pada diri aku, hari ini.. Selalunya, ada panggilan atau sms dari seorang sahabat, tepat pada waktu-waktu tertentu.. Sahabat yang aku kenal sejak setahun dulu.. Sahabat yang aku anggap peka dengan sikap aku yang suka melayan mimpi-mimpi siang.. Dan, sahabat yang prihatin tentang penantian aku, pada waktu-waktu tertentu itu..

Hari ini, semua itu sudah tiada..
Aku ingin bertanya kenapa.. Tetapi, kan ia sudah terjawab lama..

Hari ini, aku hanya menerima panggilan-panggilan “wrong number” dan mesej-mesej iklan dari syarikat telekomunikasi sahaja.. Berbagai produk telekomunikasi mereka saran.. Aku tak minat.. Aku mangsa usikan berterusan mereka.. semua maklumat yang tersalur, tidak relevans dengan keperluan aku.. Ini satu gangguan.. Satu pengacauan.. Satu harrassment..

 

5/9/06

Aku terjumpa lagu ini… Nike Ardila – Bintang Kehidupan 

 

Jenuh aku mendengar / Manisnya kata cinta /Lebih baik sendiri

Bukannya sekali / Seringku mencoba / Namun kugagal lagi

Mungkin nasib ini / Suratan tanganku / Harus tabah menjalani

Jauh sudah langkahku / Menyusuri hidupku / Yang penuh tanda tanya

Kadang hati bimbang / Menentukan sikapku / Tiada tempat mengadu

Hanya iman di dada / Yang membuatku mampu /  Slalu tabah menjalani

Malam malam aku sendiri / Tanpa cintamu lagi oh..oh ho..ho
Hanya satu keyakinanku / Bintang kan bersinar / Menerpa hidupku / Bahagia kan datang ..oh oh  

Kali pertama mendengar lagu ini, aku tersentak.. Mustahil Nike Ardilla tergolong dalam kumpulan orang gagal? Atau dia bersikap opurtunis, untuk mengaut untung dari sesiapa yang cocok dengan lirik yang terdendang?

“Sekurang-kurangnya, kau dapat lari dari fantasi..” Kawan aku muncul entah dari mana, dengan gemuruh sinis — bagai satu panahan petir ke arah lamunan aku.. 

“Itu kan sebuah lagu? Aku belum pernah dengar, ada orang terubat dengan lagu-lagu cinta..!” Aku tak yakin sama ada kata-kata itu, ada justifikasinya atau tidak.. 

“Kau tahu beza antara fantasi dan fakta?” Aku tak sempat jawab, dan sepantas kilat yang memanah tadi, dia menjawab sendiri soalan itu.. Seolah-olah dia sudah berantisipasi terhadap apa jua yang sedang menghantui aku.. “Semestinya kau tak tahu, kan?” Dia bagai mencabar.. Mengajak aku bermain dengan permainan kegemaran dia – dia mengutuk, aku dipaksa beri rasional selagi dia belum berhenti mengutuk..

“Ceh, macam ini punya kawan pun, ada ke?” Aku merungut bila dia mengalih renungannya terhadap kerisauan aku..

Oh ya, nama kawan aku ni “Foxyman..” Sebenarnya dia sama usia dengan aku, sudah bercucu dua pun dia.. Bezanya — aku tak mahu terkongkong dengan status Foxyman, walaupun kelihatan sudah bercucu dua, juga.. Rupa paras, perangai, bentuk badan dan hampir segala-galanya kami memang ada persamaan.. Banyak persamaan.. Entah-entah dia juga ada masalah sama seperti aku.. Cuma aku belum mengetahui apa masalah dia.. Itu sahaja kelebihan dia, buat masa ini..

“Nike Ardilla dah mati.. Kenapa kau suka dengar lagu-lagu penyanyi yang dah mati?” Foxyman sengaja cabar intelek aku.. Dia tahu aku suka dengar Broery, Sudirman dan juga Jimi Hendrix..

“Its the song, not the singer..” Rasional aku membuat Foxyman tergelak.. “Oh kau dah pandai cakap orang putih?!” Benci aku dengar kekek Foxyman.. “Apa ada pada lagu itu?” Soalnya lagi..

“Entah.. Mungkin orang bakal nak mati sedar mereka akan mati tak lama lagi.. Termasuklah Nike Ardilla.. Ada sepotong ayat di lagu itu yang mengatakan begitu.. Mungkin kau juga akan ada rasa begitu bila kau dekat-dekat nak mati nanti..” Aku puas.. Aku berjaya buat Foxyman tersentak dengan kenyataan ini..

“Hanya iman di dada / Yang membuatku mampu /  Slalu tabah menjalani…” Baris kata yang terungkap di lagu itu, bagai satu percikan kecil untuk nyalakan apa jua motivasi yang masih tinggal dalam diri aku..

“Mengapa Nike sandarkan “Iman” dalam lagunya? Mengapa sebut iman, sedangkan manusia skeptik pada kerjaya seorang artiste.. Artiste, kayu api di neraka jahanam, untuk bakar sesiapa jua yang langgar syarat iman dan keimanan..” Aku tak kuasa berhujah ugama dengan prejudis Foxyman terhadap warga artiste.. Walau apa pun, aku tidak senang dengan prejudis sebegitu..

“Foxy..! Kau yakin, orang di bidang kerjaya lain, patuh dan akur dengan kehendak Iman dan keimanan? Pernah tak kau dengar kisah pada zaman sahabat dulu, di mana seorang pelacur, sebelum dia mati, tergerak untuk memberi seteguk minuman kepada seekor anjing yang kehausan.. Dan, apabila sahabat rujuk kepada Rasulullah, baginda menjawab, wanita itu mati dalam iman..”

“Jadi, kau nak melacurlah, lepas ini?!” Foxyman semakin ganas dengan soalan-soalannya.. “Supaya kau akan jumpa seekor anjing kehausan, dan beri dia minum, dan kau akan mati dalam iman..”

“Hah, celuparnya kau..!!!” Aku merenung tajam ke arah Foxyman untuk mengiring herdikan itu..

“Lacurkan waktu engkau kepada sesuatu yang elok.. Sesuatu yang lebih baqa’.. Insya-Allah kau akan mendapat nikmat ganjaran yang lebih bermakna.. Tak sama seperti pelacur itu yang melacur untuk ganjaran peribadi, yang fana semata-mata..!” Ahh, tajam pula siratan Foxyman kali ini..

Lacurkan waktu aku? Bagaimana? Kepada siapa? Untuk apa?

“Jangan tanya aku..!” Jawab foxyman dengan begitu sombong sekali.. “Apa juga pandangan aku, kau sangkal, sekarang kau mintak pendapat pulak..!” Aku semakin keliru dengan sikap tidak konsisten Foxyman– Sekejap terlalu prihatin dengan aku, dan ada kalanya pula, mempermain-mainkan luka aku yang mula bernanah ini.. “Setahun dulu, kau tak begini, kan?”

 

6/9/06

Setahun dulu? Entah, aku sendiri sudah terlupa tentang keadaan-keadaan yang mempengaruh perasaan aku, pada ketika itu.. Mungkin aku ceria, mungkin aku fokus, dan mungkin juga aku compose dengan segala urusan. Mungkin juga aku telah mengongkong diri sendiri untuk cemerlang dalam urusan aku. Tetapi, aku berjiwa merdeka. Kenapa pula aku mengongkong diri sendiri? Semestinya aku berhak untuk mencari sedikit kebebasan. Kebebasan untuk menikmati hasil tungkus lumus selama ini. Aku menzalim keringat, jika melihat sahaja, hasil bertungkus lumus itu, tidak terluak.

Kan bodoh pemikiran sebegitu? Mengapa aku mengambil masa setahun untuk persoal kebodohan ini? Mana hilangnya ketajaman fikir aku? Jika aku ingin mengasah semula, batu pengasah macam mana paling berkesan?

Lazim kita dengar: Balik ke pangkal jalan..
Jangan anjur retorik cliche kepada aku..! Kisah setahun yang penuh erti, tidak mudah padam begitu sahaja..

“Habis tu, apa yang tak cliche untuk kau?” Tak sudah-sudah Foxyman mencabar aku.. “Kau tunggang tunggik sembahyang, jarang tinggal kuliah subuh, apa yang kau belajar dari situ?”

“Foxy, boleh tolong diam tak?!” Spontan aku cekak kolar t-shirt foxyman yang bewarna kuning itu.

Foxyman bergelut dan menyeret aku ke sisi kabinet buku berhampiran. Dihantuknya kepala aku ke dinding kabinet.. “Nah, dalam kabinet ini, ada banyak rujukan. Semuanya retorik cliche.. Rujuklah sendiri demi kebahgian kau..”  Aku lepaskan kolar t-shirt Foxyman. Foxyman mencebek.. “Kisah setahun yang penuh erti konon..! Sedangkan Tuhan, manusia berani lupakan, inikan pula kekasih yang dah jadi isteri orang lain.. Sudahlah tu, lupakanlah dia..”

“Hoi, bukan kau yang berkasih, bolehlah kau kata gitu.. Tak ada perasaan lansung.. Anjing pun kenal, kalau tuannya dirundung perasaan, tau..!” Sambil meraba kepala, aku cuba sakitkan hati Foxyman, supaya dia tahu betapa sakitnya kepala aku, bila dihantukkan ke sisi kabinet. Foxyman beredar, kerana tidak mahu berhujah lanjut. Aku merenung ke dalam kabinet, dan mata aku mula mencari-cari..

Inilah ungkapan yang terkandung dalam sebuah manuskrip lama, yang aku jumpa dalam kabinet buku.. Ia sebuah kitab ugama klasik. Mesejnya memang sukar diselam.. Patutlah, selama ini, ramai (bahkan majoriti) orang Melayu yang mengaku Islam, tidak memahaminya, apatah lagi untuk mengamalkannya..

Naluri aku semakin mendesak.. Aku ingin mencungkil konsep keimanan yang cuba disampaikan oleh penulis klasik ini.. Muka surat demi muka surat aku selak..

Adapun hati sanubari itu adalah darah segumpal, bak buah di pohon lebat — iaitu jantung kita.. Yang di dalamnya umpama cahaya itulah yang bernama nurani – hati nurani, namanya.. Ain Sabitah gelarannya..

Maka, tiada dapat dirupakan Ain Sabitah ini, melainkan, itulah yang dinamakan diri kita yang batin akan jalan Allahu Ta’ala dengan wujud yang mutlak.. Kerana, kita tiada berwujud melainkan telah bersatulah pandang memandang.. tetapi, yang memandang itu adalah Dia, yang dipandang itupun adalah Dia juga..  

Kalah aku dengan bahasa melayu yang indah serba tulin ini.. Mungkin, inilah gaya bahasa yang digunakan oleh Abdullah Munshi, semasa dia berkhidmat dengan Sir Samuel Garling..

Ada pun makrifat itu adalah kita.. Tauhid pun kita.. Islam pun kita.. Iman pun Kita.. ertinya, hati yang tetap, nurani pun namanya.. Nur cahaya pun namanya..

Syariat itu tubuh pada kita, tariqat itu tubuh yang batin kepada kita, hakikat itu tubuh yang halus pada kita dan makrifat itu tubuh yang lenyap pada kita.. Pabila terjarak sedikit kita dari menyatakan makrifat, maka, larilah tauhid Allahu Ta’ala pada kita, Islam pada kita, dan Iman pada kita..

Aku perlu berguru.. Aku takut, sedikit sebanyak ilmu yang terselit di dada akan terseleweng, jika merujuk sendirian akan manuskrip yang aku tak faham hujung pangkalnya.. Namun, Alhamdulillah.. Aku masih beruntung, kerana akhirnya, ada juga syarah Tok Guru klasik ini dapat aku serap..

Bermula gerak tubuh itu kerana akal.. Bergerak akal kerana hati.. Bergerak hati kerana nyawa.. Bergerak nyawa kerana insan.. bergerak insan kerana rahsia.. Bergerak rahsia kerana sifat Allahu Ta’ala yang dua puluh itu..

Azan Subuh berkumandang. Selepas menunaikan fardhu ini, harap-harap tidur siang aku tidak ada igauan yang mengganggu. Sama ada aku akan terjaga atau terus ditidurkan, Allah sahaja yang mengetahui.

(bersambung… )

Advertisements

Sedikit Gema Patriots

August 29, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1156919067-sc-126.jpg\”

Merdeka Merdeka Merdeka 

KeranaMu Malaysia 

Berjaya  

 

 Malam 31 Ogos berkunjung lagi
diiring laungan keliru
membolos suci kemerdekaan ini 

betapa…
miskinnya kita, dalam megah kemewahan

terjajah, dalam pikuk merdeka
termundur, bila mengorak ke hadapan
tersungkur, dalam hilai kejayaan
berhujah-hujah, mengatur prejudis

ahh… 
bagai kelopak bunga-bunga kudis,
mencemar damai merdeka sendiri  
 

Riwayat Cinta _ Misha Omar

August 29, 2006
You Asked For It 

 

Gerhana
Yang melanda
Seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitulah hatiku terasa ohh….. 

Siapa
Yang rela
Bernafas dalam derita
Membiar perasaan jadi sengsara
Dicengkam sedih yang tak terduga 

Ke mana Hilangnya keindahan
Yang ingin ku damba
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaan 

Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan 

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi 

Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh….. 

Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan 

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi 

Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh…

Jika Kau Bercinta Lagi

August 27, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1156702125-hr-119.jpg\”

     

    Jika Kau bercinta lagi
    cintalah sepenuhnya aaa aaa aaa
    jika kau bercinta lagi
    jagalah kau hatinya aaa aaa aaa

    engkau yang memilihnya
    tanpa memikirkan tentang diriku
    kini ku hanya dapat berdoa
    agar berbahagia kau disampingnya

    aaa aaa aaa

    Jika Kau bercinta lagi
    cintalah sepenuhnya aaa aaa aaa
    jika kau bercinta lagi
    jagalah kau hatinya aaa aaa aaa

    aku tak dapat menghalang
    engkau punya kemahuan sendiri
    biarku hidup hanya mengenang
    peristiwa yang tak dapat ku lupa

    aaa aaa aaa

    kini aku hanya dapat berdoa
    agar berbahagia kau disampingnya
    selamat tinggal
    aku mengundurkan diri

Camellia

August 24, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1156449549-hr-112.jpg\”

 
 [dengar versi 1995 / 1998] / [tengok]
Lagu dan Lirik oleh Ebiet G. Ade 

 

Gugusan hari-hari indah bersamamu Camellia

Bangkitkan kembali rinduku mengajakku ke sana

Ingin ku berlari mengejar seribu bayangmu Camellia

Tak perduli kan ku terjang biarpun harus kutembus padang ilalang

 

Tiba-tiba langkahku terhenti

Sejuta tangan telah menahanku

Ingin ku maki mereka berkata

Tak perlu kau berlari

Mengejar mimpi yang tak pasti

Hari ini juga mimpi

Maka biarkan ia datang di hatimu..di hatimu

Rindu Yang Terlarang

August 22, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1156267651-hr-103.jpg\”

  •  

     L : Sekian lama sudah kita telah berpisah 
            Ku rasa kini engkau tak sendiri lagi
     

  • P : Aku pun kini seperti diri mu 
           Satu hati telah mengisi hidup ku  

          Tak perlu engkau tahu rasa rindu ini 
          Dan lagi mungkin kini kau telah bahagia

     L : Namun andai kau dengar syair lagu ini 
            Jujur saja aku sangat merindui mu 

           Memang tak pantas menghayal tentang diri mu 
           Sebab kau tak lagi seperti yang dulu 
           Kendati berat rasa rindu ku pada mu 
           Biar ku hadang rindu ku terlarang

    P : Biar ku simpan saja  
           Biar ku pendam sudah

    L : Terlarang sudah rindu ku pada mu

    P : Tak perlu engkau tahu rasa rindu ini 
            Dan lagi mungkin kini kau telah bahagia

    L : Namun andai kau dengar syair lagu ini 
           Jujur saja aku sangat merindui mu

    L : Memang tak pantas menghayal tentang diri mu 
           Sebab kau tak lagi seperti yang dulu

    P : Kendati berat rasa rindu ku pada mu 

    L : Biar ku hadang rindu ku terlarang

    L : Ku isi kan rindu di hati ku 
           Ku harap tiada seorang yang tahu

    P : Biar ku simpan saja 
          Biar ku pendam sudah

    L : Terlarang sudah rindu ku pada mu

     

Dealova_-_ Once

August 21, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1156187432-hr-99.jpg\”

Klik dan dengar ek… Best tau…! 

 

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Demi Waktu – Ungu

August 19, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1156028643-hr-91.jpg\”

Klik dan dengar ek… Best tau…! 

 

Ku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir di antara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

 

Maafkan aku…Menduakan cintamu
Berat rasa hatiku..Tinggalkan dirinya
Dan demi waktu..Yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku..Sepenuh hatimu

Seandainya bila..

Ku bisa memilih

 

Kalau saja waktu itu Ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

 

Sandiwara Maya

August 9, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1155149162-hr-73.jpg\”

Episode Satu

Berikan tanganmu padaku
Kita jemput masa yang pasti itu
Dalam satu janji…
Bersama

Arahkan matamu
Sama sepertiku
Kita renung bintang itu
Dalam satu harapan…
Bersama

Langkahkan kakimu
Kita tarikan melodi itu…
Dalam satu nada…
Bersama

 

Episode Dua

Kau pergi tinggalkan…tanya
Dalam hati yang terobek perlahan ini
Dan di tengah gelisah ini,
aku hilang rasa

Ketika cinta hilang makna
Ketika kelabu memenuh ruang
Ketika awan berarak jauh
Ketika mega membakar terik

Ketika itu aku ketersentakan
…habislah sudah
…anganku terbang bersama nurani
…yang lelah

 

Episode Akhir

Masa lalu seperti kemarin
Lewat tanpa permisi
Penyudah sebuah episode
Episode yang tak berakhir

Kisah sandiwara konyol
Di sekeping layar terkembang
Sebuah karya terbaik
yang tak menagih penghargaan…
kerana…
ia ada harga tersendiri…