Archive for September, 2006

Sept 29 – Oct 1

September 29, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1159552460-hr-176.jpg\”

29/9/06

Mengertilah rasa hati ini…..  Hanya ada memori  itu, hanya ada suara hati mu, hanya ada lagu2 kita, hanya ada pesanan2 mu, hanya ada potret2 kita, hanya ada senda gurau kita, hanya ada rajuk kita, hanya ada jenaka mu, hanya ada rasa kasih kita…hanya ada ingatan itu.  Ku tahu, mengimbas semula hanya akan menyakitkan, hanya akan menyedihkan.  Tapi kita hanya ada itu kan.

Bored
Hmm Ini Sahaja Yg Dapat Diluahkan

30/9/06

Rupa-rupanya Bored menjenguk lagi, di laman ini..
Aku tak tahu mengapa dia menganggap dirinya bersalah bila membaca tempelan (update 29/9)  terhadap luahan rasa dia, sebelum meninggalkan aku, sebulan dulu.. Entah nukilan yang mana satu, (yang telah aku taip) yang membuat dia  berasa begitu.. Dan, menghantar pesanan offline, seperti tertera di bawah:

Bored (9/30/2006 4:38:56 PM): as\’kum
Bored (9/30/2006 4:39:01 PM): hmmmmm
Bored (9/30/2006 4:39:12 PM): apa yg i buat salah ekk?
Bored (9/30/2006 4:40:22 PM): i tak nak terputus hubungan…antara kita…tu jer.
Bored (9/30/2006 4:40:44 PM): tapi kalau u rasa, i menambah beban…..i will keep quiet
Bored (9/30/2006 4:41:16 PM): kalau u ada rasa, i pun ada
Bored (9/30/2006 4:41:41 PM): tapi kalau u rasa, rasa yg i ada ni, hanya utk memperasan kan org, then…..
Bored (9/30/2006 4:42:20 PM): bukan itu maksud i
Bored (9/30/2006 4:42:31 PM): anyway….take care

Percayalah… Aku juga tidak pernah terlintas untuk melupakan Bored..
Yang cuba aku nyatakan pada catatan harian ini adalah: Aku berkeadaan kecamuk.. Sikap \”silence is golden\” yang bakal diamal oleh Bored, mungkin tidak akan membantu..

Mengapa tiba-tiba keadaan ini berlaku.. Satu lagi predikamen ringan untuk aku definisikan segera.. Mujur seorang teman yang aku kenal sebagai \”lalat_api\” menghurai situasi ini dengan satu ketepatan yang tidak boleh aku anggap tepat gaya bahasanya..

\”..loneliness leads to berfikir yg bukan2, leads to hati tak tenang, leads to perasaan curiga….lastly can leads tu rasa bersalah..\”

\”Lalat_api\” adalah terjemahan yang aku suka guna pada nick sebenar \”firefly\” yang dia gunakan apabila masuk ke laman chat tempat kami selalu bertukar-tukar pendapat.. (Termasuk Bored pada satu ketika dahulu).. Lalat_api tidak percaya, aku pernah ada \”apa-apa\” dengan Bored, setelah membaca blog aku ini.. Gurauan gurauan sinis seperti, \”kecik jangan disangka anak, tua jangan disangka bapak\” dan berbagai peribahasa serta kiasan lain telah digunakan oleh lalat_api untuk nyatakan ketidakpercayaan itu..

\”Takkan Bored \”lonely\” berada disamping suami yang baru dikahwininya?\”
Begitulah permulaan bicara aku dengan lalat_api, seorang pelajar perubatan di Universiti Putra Malaysia..

\”Lonely? No.. Mungkin ingatan bersama kau masih tebal, untuk dilupakan begitu sahaja.. Tapi entahlah, aku sendiri tak faham apa itu cinta, dan rasanya, aku tak layak komen ni semua..!

\”Ok.. i\’ll keep note..\” Itu sahaja yang dapat aku kata untuk ringankan bebanan apa jua keperhatinan Lalat_api terhadap kecamuk aku.. Walau bagaimanapun, aku tertarik untuk teroka intelek budak yang bakal menjadi doktor, pada satu hari nanti.. \”Tapi, emak dia, adik beradik dia, dan pihak pihak yang menganjur perkahwinan ini, kenapa tak mengerti akan semua penanggungan Bored?

Lalat_api tidak setuju dengan protes aku yang sebegitu.. \”Penanggungan apa? Kan tanggung jawab untuk pastikan kebahagian semua ahli keluarga, mesti dirancang sesama ahli keluarga?

Lalat_api berfikir sejenak, kemudian…
\”It\’s time to really put your pedal to the metal, especially if you feel like you\’ve been losing steam regarding a certain person, place or thing. Believe it or not, the end is in sight. Take a deep breath and think, \’Onward!\’..\”

1/10/06

Baharu aku tahu, Lalat_api, seperti semua orang, memang tidak menyebelahi aku.. Dia juga menganjur supaya aku segera lupakan Bored.. Tetapi mampukah aku? Sedangkan, pada mesej-mesej terakhir Bored, walau pun nampak ada kekeliruan, jelas ada petunjuk yang tidak ketara, supaya antara aku dan dia, tak ada siapa akan melupakan sesiapa.

\”Tapi untuk apa? Kan dia dah kawin..\”? Inilah kata-kata sinonim dari semua orang, termasuk Lalat_api, kerana bosan dengan sikap aku yang tak mahu lepaskan Bored dari ingatan..

Tak siapa tahu, bahawa aku sandarkan kedegilan aku ini pada satu ungkap janji yang pernah aku bisikkan ke telinga Bored.. Ketika itu Bored sedang menangis.. pada bisikan itu, aku berjanji, jika Bored tidak gembira dengan suaminya (walaupun beberapa tahun akan berlalu), aku tetap akan menunggu dia..

\”Kan senang, kalau kau larikan Bored sebelum dia nikah?\” Tanya Lalat_api..

Aku terpaksa restukan perkahwinan dia.. Semata-mata untuk gembirakan kehendak emak dan adik beradik dia.. Tapi, kau harap maklum: we love each other, like nobody else business..

\”What business?\”  Tanya Lalat_api dengan nada nakal..
 
\”Entah..!\” Jawab aku ringkas..

\”Hee..\” Aku sambung lagi.. \”Berbalik kepada Bored, aku rasa dia bukan seorang yang memboringkan, bila mood bercinta dia datang..

Dialog seterusnya, disalin mengikut format chat, semasa kami bersembang di yahoo chat..

Lalat_api: Heee, rosak anak omak, kau kerjakan..

Aku: sekang baru ko tau, kenapa aku akan update e-novel ini sampai aku mati.. Dan aku harap, dia akan tinjau blog aku sesekali.. sekurang-kurangnya dia akan dapat ikut perkembangan perasaan aku, sebelum aku mati..

Aku: Hairan kan.. kenapa dia ingat aku anggap dia bersalah

Lalat_api: if we love someone…n that someone is sad…probably because of ourself….mesti la dia ada rasa bersalah

Aku: sehari sebelum puasa, dia ada kos di KL.. agaknya, dia mengharap aku turun jumpa dia.. tapi kerana nak puasa aku tak turun.. dan beberapa hari selepas itu, dia ada pulak satu kos ringkas,  di KL juga, aku tak turun gaks.. Mungkin, tu yg dia ingat aku dah lupakan dia, kot?

Lalat_api: bila something normal become abnormal….mesti rasa mcm something is wrong somewhere.. mungkin sebelum ni asal ajak je jadi jumpe.. ni, dah bagi macam2 indication, nothing materialize .. kan dah jadi abnormal tu

Lalat_api: hmm ntahlah….ko yg lebih arif ttg ko n dia, kan?

Aku: last week, dia siap overnite semalam di KL.. aku plak, sikit pun tak sebut pasal nak jumpa.. sebenarnya aku serba salah.. bulan puasa, ko fahamlah, nanti dia buat lagak angelina jolie dia, heh hilang markah puasa aku..

Lalat_api: kekekek…otak tak dpt berfikir
Lalat_api: kadang2, aku sakit kepala, bila nampak kau.. chat dengan ko sakit kepala, baca e-novel ko, pun sakit kepala jugak.. Isu kau, cerita kau, ko cerita pasal benda yg terlalu hi-tech la..

Aku: teknik menulis e-novel memang gitu..

Lalat_api: Kenapa lain2?

Aku: format bercerita mesti ada kelainan dari penulisan novel traditional.. mesti keluar dari gaya penulisan biasa.. atau mungkin, aku sedang mencipta satu persembahan cerita yg tersendiri, sesuai untuk genre e-novel?

Lalat_api: hehe genre e-novel ehh..

Aku: sebab itu ada link ke lagu2 yg bertema tertentu, sesuai dgn perjalanan cerita

Lalat_api: mcm drama muzika

Aku: rangkuman semua teknik bercerita, kot

Aku: lagi… apa fakta yg berkait, yg bleh aku sambung

Lalat_api : fakta ttg ape

Aku: ttg bored rasa bersalah, dan ingin ambil keputusan utk tak jenguk blog aku, lagi.. dan, tentang predikamen aku, yg terhasil dari sikap bored nanti

Lalat_api: ketepikan sengsara cinta kau dulu… Pentingnya, pihak keluarga dia, tentu mahukan Bored gembira untuk jangka panjang, mengikut acuan mereka..

Aku: haah, itulah yg aku sebut, bila aku restukan perkahwinan dia.. aku kata; emak dia, dan persekitaran dia, terlalu konservatif terhadap affair kami

Aku: kalau ko terus ikut novel ini, ia akan menjadi satu bacaan harian ringan, utk ko

Lalat_api: ringan ke?

Aku: setakat baca satu perenggan/hari, kira ringanlah

Lalat_api: Bila novel ni siap?
Aku: sampai aku mati, belum tentu siap..
Lalat_api: hehe

Aku: tolonglah promo kat member2 ko, atau pesakit2 ko, atau profesor2 ko

Lalat_api: ahaks, aku jadi promoter tak bergaji?! Tak senang..

Aku: tak lama lagi hits aku akan cecah 1000.. hits ini mendadak apabila aku mulakan e-novel ini.. kira aku dah ada audience

Lalat_api: ntah2 bored yg masuk 10 kali sehari

Aku: tak.. dia tinggal rumah suami dia, sana takde komputer.. dia masuk internet, bila sesekali balik rumah emak dia.. itu pun curi2 masuk blog aku.. sebab suami dia asik jeling2 setiap kali dia on internet

Lalat_api: kata kawan cyber aku, cinta tu cancer

Aku: ko tau, masa kami dating, dan singgah mana2 gerai makan atau gerai buah.. mesti ada org tersasul tanya.. \”anak ke tu?\” Dan, setiap kali aku kena soal macam itu, aku akan bisik kepada bored.. \” u know something? with you, i\’m as equivelant as Datuk K..

Lalat_api: Ohh orang yang bertanya tu jeles kau ada awek, as young as your daughter?
Aku: heh seronok aku, pada ketika2 gitu.. Bored membuat aku ada rasa \”gah\” setiap kali bersama dia di hadapan khalayak..

Aku: bila aku selalu tanya, apa yang buat dia tertarik dgn aku.. dia kata, aku pandai mandrem kot

Lalat_api: Mungkin dia betul tak? Entah entah kau ni dukun handalan se Malaysia..?

Aku: sebenarnya, dia tertarik dgn bidang aku.. dia suka nak tahu, penulis ni org camne

Lalat_api: Untung juga jadi penulis.. Penulisan sentiasa muda untuk cover jurang umur yang ketara tu..

Aku: tapikan, aku selalu merajuk2, hehe, sengaja nak test keadaan lah tu.. dan dia tak jemu2 pujuk aku

Lalat_api: merajuk yg mcm mana?
Aku: merajuklah.. takkan ko tak pernah majuk ngan pakwe ko

Aku: yg best tu, bila dia merajuk aku tak pujuk
lalat_api: teruknya…org merajuk tak pujuk

Aku: masa mula kenal dulu, awal2 aku dah kata kat dia.. aku kaki merajuk dan aku juga tak pandai pujuk org merajuk.. so, setiap kali dia merajuk, aku buat dek sahaja.. dia akan marah2.. dan kami gaduh2.. dlm gaduh2 tu baru aku \”pujuk\” dia

Lalat_api: kire pujuk ar tu
Aku: : masa tu aku akan kata sorry

Lalat_api: hee bertuah aku kalau ada mamat yang say sorry…face to face….eye to eye…!

Aku: aku seorang yang bertimbangrasa lah.. aku tak pernah marah bored, walaupun ada kalanya aku memang marah dgn dia.. Aku memang sayang dengan dia.. \”sayang\” yang sebenar-benarnya… lebih dari menyintai dia..

Lalat_api: cinta bukan ke lebih dari sayang?
Aku: whatever.. what comes first.. the egg or the hen?

Lalat_api: tu lain persoalannya.. ko boleh sayang seseorg…tapi tak cinta.. tapi ko tak boleh cinta seseorg tanpa sayang dia

Aku: aku cinta, aku sayang.. atau aku sayang dan aku cinta… ahh apa bezanya
Lalat_api: the sequence

Aku: dua elemen tu, kan termaktub seiring?
Lalat_api: tah, aku tak nak berbahas ttg ni

(bersambung…)

Sept 26 – Sept 28

September 26, 2006

26/9/06

Aku keliru dan mula rasa bersalah, kerana menganggap, apa jua ungkapan dan apa jua seni kata-kata yang digunakan oleh Foxyman untuk aku, sebagai cliche.

Kesan istilah  “Hi-tech muhasabah” menyedarkan aku, bahawa tidak ada yang baru dalam memperkatakan ugama — terutama sekali, Islam..! Kesedaran ini tercapai, bukan kerana kontens serta konteks yang terkandung dalam syarah ala “burung kakak tua,” Foxyman.. Kerana syarah begitu pun, aku anggap cliche.. Aku tertarik dengan kata kuncinya — “Hi-Tech Muhasabah..!”

Yess..! Kontemporari sekali kata kunci sebegitu..!
Tak silap jika aku katakan, impak kiasan kontemporari yang sebegini, boleh dijadikan senjata untuk menawan kesombongan orang orang degil dan keliru seperti aku.. Hati hati yang terlalu mudah untuk menafi apa jua yang dianggap konservatif atau tradisional.

Dengan kata kunci yang sebegitu, baru aku sedar, bahawa: Islam sudah berkembang lebih seribu tahun. Pengajarannya, tetap segar, moden dan tidak akan usang hingga kiamat.. Yang usang adalah aku; dilahir, dibesar, dan akan dimatikan sebaik sahaja mencapai tahap keusangan yang telah tertakdir.

Sebelum tahap keusangan itu tiba, sikap anti “retorik cliche”, harus nyah dari kamus aku.. Sikap ini membuat aku terleka – terlalu melayan kenangan bersama Bored. Aku harus mendefinisi semula, matlamat.. Terutama sekali, beberapa matlamat bantuan yang tercicir..

Mungkin hati ini minta dididik, supaya lebih ikhlas dalam menangani soal hidup mati dalam erti kata: Memperkukuh ketaqwaan.. Membina kesabaran.. Mempertingkat disiplin.. dan, Meransang rasa kebertanggungjawaban terhadap kehidupan.

Berat komitmen yang bakal aku pikul.. Aku mesti melangkah keluar dari predikamen yang telah menyusahkan aku.. Satu keadaan susah dan bahaya yang selalu aku ulang lalu, sejak sekian waktu, tanpa ada kesedaran untuk memperbaiki diri.
 
Tetapi, dengan kesedaran baru ini, perlukah aku memusuhi Bored?
Jika aku ingin berzuhud, di tahap apa harus aku letakkan zuhud itu?
Jika aku ingin keseimbangan, di tanda aras apa harus aku pertandakan?

27/9/06

Dalam melayan lamun, aku terdengar satu keluhan jauh.. Keluhan Bored kah itu?

“Tepat jam 8.00pm, jejakkan kaki ke rumah, turun dari bas, terus on pc utk ikuti e-novelete ni, tanpa mengadap makanan yang terhidang di meja, walaupun perut menjerit minta diisi. Meneliti apa yg tertulis, mengundang seribu rasa. Rasa…yang mungkin tiada siapa yg mengerti.. kenapa dan mengapa. Dan mungkin..tuan punya diri sendiri tidak memahami rasa itu. Realitinya, kita adalah manusia yang mempunyai seribu kelemahan …. cuba memperbaiki diri selagi boleh…kan?

Aku ingin mengungkap rasa, tapi, aku seperti tiada hak untuk bersuara..  Mungkin…ada baik nya aku membisu, mendiam diri, seperti tiada apa yang berlaku.  Dalam kata lain, membatukan diri.   Tapi kan, setiap manusia punya rasa, punya hak untuk merasa…dan bagi aku, selagi tiada siapa yang termudarat oleh rasa itu…tak salah rasa nya untuk mengungkap rasa itu..

Entah lah..sebenarnya, aku sendiri tak percaya, rasa ini menghurung dada.  Berada di sini, baru aku sedar…rasa yang terperuk ini.  Gosshhhhhh… I am really  missing someone…so badly.  (Gila agak nya aku ni….).  Kalau satu dunia ni tak paham, aku sendiri tak paham…tapi itu lah yang aku rasa.  Adakah aku manusia yang tak tahu bersyukur…atas kurnian Tuhan?  Tapi aku manusia….menuntut hak untuk merasa apa jua rasa.

Andai, rasa ini bakal melukakan sesiapa, hanya kata maaf yang mampu ku pohon…setulus hati kecil ini…………………”

Bored
8:00 pm 27/9

Aku tak faham apa yang cuba diluah oleh Bored..
Yang aku faham adalah, fikiran Bored sudah sama kecamuk dengan apa jua yang sedang aku fikirkan.. Yang aku faham adalah, Bored sudah memberi satu tanda aras baru untuk tambahkecamukkan kecamuk yang aku tanggung ini.. Bored datang menjenguk dengan satu serangan minda bertaraf “hi-tech” juga..

Selepas membaca Blog aku, rupa-rupanya, Bored tinggalkan beberapa mesej offline di Yahoo Massenger, semasa aku di surau..

Bored (9/27/2006 8:21:33 PM): as’kum

Bored (9/27/2006 8:24:24 PM): Saya baru balik dr kl, turun dr bas. lepak kejap sebelum balik Pontian. bila on screen ni kan…terasa…how i miss to be here…tak perasan…mata dah start nak banjir..hee

Bored (9/27/2006 8:26:12 PM): anyway….moga2 u kuat dlm menjalani ibadah puasa ehh. Moga ramadhan ni menguatkan semangat kita, jiwa kita

Bored (9/27/2006 8:27:12 PM): sekarang kul 8.26pm. I nak makan dan sembahyang dan balik dan kemudian akan balik ke pangkuan suami yang sedang menunggu (Pontian). Kalau ada masa terluang, I akan tinggalkan more msgs.

Bored (9/27/2006 8:27:28 PM): take care….always, always and always take care

Inilah satu-satunya ciri Bored, yang membuat aku tak boleh lupakan dia.. Bored sentiasa “caring” terhadap, apa jua keadaan yang aku lalui. Hah? Berhantu sungguh istilah “hi-tech” ini. Sampai bila hidup aku akan terhantu oleh perkara perkara yang menghantui ini?

“Kau tau apa masalah semasa kau, sebenarnya? Tamatkan apa jua yang menghantui kau..! Untuk tujuan itu, kau mesti tegas.. Bersifat “The Ending characteristic..!”

“Ish, ini satu lagi lagi “nasihat hi-tech” untuk aku kupas dan tafsir sendiri?” Tanya aku dan Foxyman segera menjawab.. Begini katanya..

“The Ending characteristic causes a character to look toward the conclusion in every process or situation.  He may wish to prevent it or to hasten it, but his primary concern is when it’s going to be over.  This is a very useful trait in dealing with steps or phases. 

“Tapi Foxy, mesej mesej dia yang terbaru itu?” Aku nyatakan kebingungan aku kepada foxyman..

“Ah, anggap sahaja dia tersilap taip..!” Foxyman anggap aku akan mudah terima anjuran bodoh ini..

Entah berapa lamalah, Foxyman karang rangkap ini, supaya apa jua yang hendak disaran, akan masuk ke dalam benak aku yang degil ini.. Foxyman bagaikan maklum, bahawa semalam (26/9), aku ada menerima sms dari Bored, yang mengatakan dia akan berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis taklimat pada pagi 27/9 — Tetapi, oleh kerana menghormati bulan Ramadhan, aku tidak tergamak untuk bertanya kepada Bored, sama ada dia sudi untuk bertemu dengan aku di KL buat seketika.. Sekurang-kurangnya, pada ketika itu (rahmat bulan Ramadhan, agaknya) aku rasa aku berada di landasan betul, untuk menyekat apa jua parut lama, supaya tidak berdarah semula.

“Tapi kan…” Foxyman menyambung..

“It’s not very useful if the process or situation is really unending.  Since the character representing the Ending characteristic assumes that everything must end sooner or later, he cannot accept that some things never end.  Some relationships will last a lifetime, come what may.  But if one partner believes it can end, he will always worry, looking for signs of its demise.  If he was an Ending person, Prometheus was sorely mistaken.  (Weeds grow back and Rust never sleeps)..”

28/9/06

Ini kali pertama, di mana aku dapati Foxyman tersilap bila menafsir kekecamukan aku.. Bukan senang untuk aku padamkan apa jua yang telah terlakar dalam kotak ingatan ini.. Mustahil bagi aku untuk padamkan semua kenangan tentang Bored. Ending characteristic yang dilabel oleh Foxyman untuk aku, adalah masalah utama aku – ia bukannya kaedah penyelesaian bagi aku.. Untuk menyelesaikan masalah, aku harus hurai perkara-perkara yang lebih bersifat unending..

Weeds grow back and Rust never sleeps..?! Mungkin ini akan berlaku, jika aku ketagih menghulur tangan, dan Bored juga ketagih menghulur tangan, untuk kami bertepuk semula?

Adakah Bored masih mengajak fantasi aku?
Semalam, Bored seperti ingin menghulur semula tangannya ke arah tangan aku yang sentiasa menggapai..!

(bersambung…)

Sept 24 – Sept 25

September 24, 2006

24/9/06

Selamat Datang Ramadhan

“Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, Ramadhan datang lagi untuk dinikmati.. Ini peluang kau untuk pertingkat amal dan akhlak serta memperbanyak doa, semoga puasa kita tergolong dalam puasa orang yang bertaqwa..”

Setiap kali datang Ramadhan, itulah anjuran Foxyman kepada aku.. Anjuran yang membuat aku sering bertanya kepada diri sendiri, tentang keikhlasan aku terhadap hidup.. Kejujuran Foxyman untuk melihat aku menambah nilai diri, memang tak boleh dinafikan.. Foxyman sentiasa berusaha supaya aku cepat lupakan Bored.. Foxyman berharap, keberkatan Ramadhan, akan menyingkap beberapa alternatif berfaedah yang lebih mampu untuk bersaing dengan kehebatan yang pernah ditawar oleh Bored.. Foxyman percaya, bahawa, latihan semula dalam hal memperbetul kelemahan dalaman aku, adalah melalui kefahaman semula pada konsep yang terkandung dalam amalan puasa di bulan Ramadhan..

Selama ini, aku tidak pernah faham tujuan Foxyman berkata begitu, dan setiap kali melihat aku kebingungan, Foxyman tidak jemu untuk mengulang kata-kata yang selalu diulang-ulangnya. “Dunia itu racun, Zuhud penawarnya;  Harta itu racun, Zakat ubatnya; Perkataan sia-sia racun, Zikir ubatnya;  Keseluruhan umur racun, Taat perintah Allah, ubatnya; keseluruhan tahun racun, Ramadhan ubatnya..!”

Foxyman faham bahawa aku muak dengan retorik cliche sebegini.. Dan, aku tidak akan terkejut, jika Foxyman akan mengadakan kaedah baharu untuk pastikan aku tidak terus tergelincir dari landasan hidup — akibat sebuah ujian yang tidak  layak dianggap ujian..

“Semalam, seorang sahabat aku, melontar satu pendekatan.. Pendekatan yang aku rasa sesuai untuk orang sombong seperti kau..”

Kerana aku tak mahu dengar retorik cliche, Foxyman cop aku sebagai sombong? Aku bukannya sombong.. Cuma aku tak suka, pihak ulamak di negara kita tak pandai mempertingkat persembahan fakta dalam usaha tabligh mereka. Pemikiran sekarang sudah jauh terkehadapan dengan berbagai prinsip terkini dalam kerja unjur, propaganda serta doktrinasi.. Ulamak, selain dekat dengan Rasulullah saw serta para sahabatnya, para khalifah agung, pemikir serta cendiakawan islam sejak berzaman hingga dewasa ini, harus juga kenal dengan karyawan fikir, pengolah minda, serta pembudaya masyarakat seperti, Sigmund Freud, Jung, Lenin, Karl Marx, Sukarno, Ahmad Bustamam, Tun Mahathir, Bush, dan ramai lagi.  Manakala Foxyman, harus serap apa jua yang terkini, supaya aku teranjur dengan apa jua yang ingin dianjurkan.. Jika Foxyman datang dengan serba ketinggalan, aku akan terus bersikap sombong dengan pendekatan lapuknya itu.

25/9/06

Tiba-tiba… Foxyman gemparkan kotak perbendaharaan kata aku dengan sebuah ‘hi-tech muhasabah’.. “Kau nak aku cerita pasal melatih dan menganalisis diri, untuk jadi insan berqualiti, dunia dan akhirat, melalui pendekatan enam sigma?”

“Hi-tech muhasabah?” Pertama kali aku dengar ledakan istilah yang sungguh berkuasa tinggi, dari Foxyman..

Oleh kerana ingin ber’hi-tech’ Foxyman bersikap seperti burung kakak tua, dan dengan petah sekali, dia ulang sahaja apa yang dikatakan oleh sahabat dia, kepada dia semalam..

Ikhsan dari
amiraznan@yahoo.com offline
6 sigma is a wider approach to Quality, I am only covering one of the tools, i.e. DMAIC. In principle, 6 sigma is about reducing variation in our process, thus producing at much higher quality more consistently. It centers on the belief that for many processes, there should be six sigmas between the mean and the specification limits, so that the process is only making a few bad “parts” in every million. (1 sigma = 1 standard deviation).

So, applying to our daily life, it would mean being consistent with our effort to better ourselves by learning from previous experiences and putting all these sub-processes into a system of processes where they can be monitored (hi-tech muhasabah 😉 and improved. Wallahuálam.

Aku pening sekejap.. “Amboi, cakap melayu tak boleh ke?”

Pendekatan enam sigma lazimnya digunapakai oleh badan badan atau syarikat-syarikat korporat dalam usaha, bukan hanya setakat memperbaiki ataupun mengekalkan tahap qualiti produk ataupun perkhidmatan, tetapi lebih dari itu, untuk mencapai kecemerlangan. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dalam usaha kita memperbaiki amal ibadah kita.

Antara kaedah atau metodologi yang paling kerap diamalkan dalam pendekatan enam sigma ini ialah DMAIC – Define (Definisikan), Measure (Ukur), Analyze (Analisa), Improve (Perbaiki) dan Control (Kawal). Kita susuri kaedah ini dalam mengerjakan amalan puasa dibulan Ramadhan yang mulia ini.

*Definisikan (Define)*

Definisikan atau perjelaskan apakah tujuan atau matlamat yang ingin kita capai dalam ibadah ini. Dalam konteks ibadah ianya boleh dikait rapat dengan niat kita. Mungkin kita ingin mendidik hati kita supaya lebih ikhlas dalam beibadat kerana keikhlasan adalah tunjang segala amal. Ibadah kita tidak ada ertinya tanpa keikhlasan, bahawasanya segala yang kita lakukan adalah kerana Allah semata-mata. Ar-Rasul s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan yang ikhlas, dan mengharapkan balasan Allah, segala dosanya yang lalu akan diampunkan”
– Abu Hurairah.

Tidak sepertimana ibadah-ibadah yang lain, berpuasa adalah ibadah yang paling berkesan untuk kita memperkasakan sifat ikhlas dalam beribadat, jauh dari sifat riyaa’, ujub dan sebagainya kerana tiada ada sesiapa yang melihat kita secara lansung melakukannya. Marilah sama-sama kita membina keikhlasan dalam segala amalan kita, dari sekecil-kecilnya seperti melemparkan senyuman dan memberi salam kepada saudara kita, hinggalah kepada yang lebih besar seperti memperbanyakkan derma kepada yang memerlukan.

Selain itu kita juga mungkin boleh definisikan tujuan kita seperti:

· Memperkukuhkan ketaqwaan kita
· Membina kesabaran
· Mempertingkatkan disiplin diri
· Meransang rasa bertanggungjawab (accountability)

Definisikan juga cara bagaimana kita rasa kita boleh mencapai tujuan-tujuan tersebut – apakah amalan-amalan yang perlu dilakukan dan yang perlu ditinggalkan, dan juga apakah tindakan yang perlu untuk berubah dari keadaan sekarang ke keadaan yang lebih baik yang diinginkan.

*Ukur (Measure)*

Ukur situasi sekarang. Adalah amat sukar, kalaupun tidak mustahil, untuk kita kenalpasti langkah langkah yang perlu kita ambil tanpa kita mengetahui apakah ukuran pencapaian atau pun kegagalan. Antara yang perlu kita kenalpasti ialah kekuatan dan kelemahan diri, dan apakah yang lazimnya mendorong kita.

Sebagai contoh, apakah tahap keikhlasan kita dalam beribadah sekarang? Dimanakah tahap taqwa, sabar, disiplin dan rasa tanggungjawab kita sekarang? Apakah tahap yang ingin kita capai? Bagaimana kita boleh meningkatkan, memperbaiki atau memperkukuhkan tahap ini?

Sudahkah puasa kita berada ditahap puasa seorang mukmin? Ataupun masih ditakuk lama, puasa orang awam, walaupun ini adalah Ramadhan yang ke-35 atau ke-40 kita?

*Analisis (Analyze)*

Analisis ‘proses’ ibadah puasa kita. Tujuan langkah ini adalah untuk kita kenalpasti hubung kait sebab dan akibat dari langkah ukur yang dinyatakan sebelum ini. Sekiranya kita ingin memperkukuhkan taqwa, adakah langkah-langkah kita menjurus kearah pengukuhan taqwa?

Umpamanya, taqwa boleh ditingkatkan dengan kita memperbanyakkan membaca dan memahami Al-Quran, bangun malam dan bersolat tahajjud, bersedekah dan sebagainya. Sudahkah ini berada dalam diari harian kita sepanjang Ramadhan ini?

Ataupun, sekiranya kita merasakan puasa kita masih lagi ditahap puasa orang awam, dan kita inginkan puasa seorang mukmin, sudahkah kita mengawal panca indera dari melihat atau melakukan apa yang dilarang? Sudahkan kita mengawal lidah dari berkata yang sia-sia? Sudahkah hati kita dibersihkan dari sifat dengki, hasad dan benci yang tidak bertempat?

*Perbaiki (Improve)*

Fasa ini selalunya adalah yang paling sukar. Setelah kita kenalpasti dari langkah analisa kita sebelum ini, kekurangan mahupun kesilapan mengapa kita tidak dapat mencapai tujuan tujuan yang kita senaraikan, haruslah kita kaji semula langkah langkah yang kita ambil atau pun mungkin ada langkah langkah yang sepatutnya kita ambil, tapi kita terlepas pandang.

Inilah intipati amalan muhasabah atau menilai diri setiap kali kita melakukan amal ibadah.

*Kawal (Control)*

Matlamat fasa ini adalah untuk kita mengekalkan tahap peningkatan (progress) kita dengan kita belajar dari kesilapan, kekurangan dan juga kekuatan. Unsur istiqaamah atau komitmen jelas disini. Tidak ada insan yang tidak berdosa. Tidak ada manusia yang tidak akan membuat kesilapan dan tiada sesiapa yang tidak ada kekurangan. Ar-Rasul s.a.wbersabda – “Setiap anak Adam itu berdosa. Dan yang paling baik dikalangan yang berdosa ialah mereka yang bertaubat.”

Kita perlu insaf, kita adalah penentu nasib kita sendiri. Kita yang mampu mengawal perjalanan hidup kita, dan kita bertannggungjawab. Tidak ada imam, maulana, ustaz atau syeikh yang boleh dipertanggungjawabkan dihadapan Allah sekiranya kita gagal, selain dari diri kita sendiri.

Satu lagi elemen penting yang tidak harus sama sekali kita kesampingkan ialah doa munajat kita kepada Allah azza wajalla. Berdoalah agar Allah mempermudahkan segala ibadah kita, menerima segala amal kita dan mengampunkan segala dosa kita.

(bersambung…)

Sept 20 – Sept 21

September 19, 2006

20/9/06

Bored masih ingin hadir dalam skrin telefon aku? Aku pula, masih ingin menyata rindu kepada Bored.. Apakah rindu yang terhalang ini akan berterusan.. Apakah Bored masih tercari-cari, dan aku masih ternanti-nanti? Tak mungkin agaknya.. Tak mungkin aku yang sudah berusia sebegini, masih tak mengerti akan penantian-penantian yang mustahil terhasil.. Tak mungkin Bored yang terdidik untuk mengharung pancaroba kehidupan, enggan terima bahagia yang teranjur elok, oleh ibu yang telah 34 tahun mengasihinya..

“Foxy, terangkan apa itu ‘umur’..” Kali ini aku serius untuk mendengar Foxyman.

“Umur ada tiga macam..” Lagak Foxyman selepas mendapat mandat untuk membebel kepada aku.. “Yang pertama bersifat Kronologis.. Hitungan hari hari kalender yang kau habiskan. Umur yang tak kenal surut, terus ke hadapan, tak menoleh ke belakang.. Sebab itu, setiap kali bangun tidur, sebelum kau renung skrin telefon engkau tu, bersyukur lah dulu kerana kau masih hidup.. Buat azam, bahawa hari yang datang ini, akan kau lalui dengan iman dan amal soleh.. Sebab, malam karang, kau akan dimatikan semula.. dan, kalau kau dibangunkan semula, maknanya umur kau, tua kau, bertambah sehari lagi..!” 

“Amboi Foxy, aku tanya sepatah, panjang lebar, jawab engkau ehh?” Hilang mengantuk aku dengan bebelan yang sama taraf dengan kuliah subuh di surau..

“Umur yang kronologis, tidak mengenal kaya, miskin, pintar ataupun bodoh.” Foxy beri penekanan pada istilah ‘bodoh’ seolah-olah ingin mengatakan aku ini memang seorang bodoh.. “Aku bodoh ke, selama ini?”

“Orang bijak, sebelum tidurnya, selalu muhasabah?” Sambung Foxyman.. “Ya Allah terimalah amalku hari ini, ampunilah dosa-dosaku. Ya Allah kiranya engkau panjangkan umurku, biarlah jagaku esok, dengan Iman dan Islam yang masih tetap di diriku. Dan, kalau Engkau matikan aku, aku redha, karana aku ini memang milik-Mu”

“Eh foxy, kau nak aku mati cepat ke?” Mujurlah soalan ini aku tak lontarkan kepada Foxyman, apabila aku lihat dia serius.. Tapi, Foxyman seperti biasa, dapat membaca kerut di kening aku.. Foxyman terus berusaha keras, tak jemu mentarbiyah, agar, satu hari nanti semangat aku akan pulih dan mampu bertapak semula untuk selesaikan apa jua perjuangan diri yang harus aku selesaikan. Semakin bingung aku, bila Foxyman memperkata hal-hal berkenaan umur..

“Ada lagi dua perkara berkenaan umur..” Tambah Foxyman.. “Umur Berdimensi Intelektual Psikologis dan Umur Psikologis Spiritual..”

“Whoa, bombastik sekali istilah kau?!” Aku tabek dengan kebolehan Foxyman, bila setiap kali beretorik.. Handal, ilmu yang diperturunkan oleh ustaz yang buat ceramah kuliah subuh di surau depan rumah dia tu..

Dan, dari kebombastikan itu, aku dapat rumusan awal seperti berikut.. “Orang yang tua dalam kiraan kronologi, belum tentu terdidik tinggi, untuk mengembangkan emosi intelek. Dan, pada kebiasaannya, dia terkongkong dalam ketidakkematangan emosi dan daya fikir.. Tak dewasa-dewasa, atau sebaliknya: Terlalu dewasa hingga tidak siapa faham akan kehendaknya..  Orang-orang ini harus mengislah diri – untuk meneroka keadaan pada kategori umur yang diletakkan dalam Dimensi Intelektual Psikologis.”

Foxyman anjur, aku mendidik serta melatih diri.. “Kau mesti bebas dari semua khayalan, angan serta fantasi yang mengongkong kedewasaan kau, supaya kau bersedia untuk menikmati Umur Psikologis Spiritual.” Kata Foxyman sebelum tamatkan syarah dengan satu soalan.. “Jika umur kronologis, dapat didewasakan secara intelektual, apakah secara spiritual juga, akan ikut berkembang?

“Entah” jawab aku.. Kerana pada ketika ini, aku sedang mencongak semua kenyataan berbentuk formula matematik ini.. Maksudnya, aku sudah berada dalam keadaan keliru yang teramat sangat..

“Begini sahajalah.. Yang spiritual ini tidak kenal kematian, karana ia berada di dalam dimensi rohani.. Rohani ada pada setiap roh.. Roh hidup walaupun kau sudah mati..” Foxyman mengangguk-angguk, seolah-olah dia sedang berfikir, mencari jalan, untuk memperkaya roh yang ada pada diri dia..

“Susah ni..” Sahut aku kepada Foxyman yang masih kusyuk berfikir.. “Kau nak menambah-susahkan hidup aku..!”

“Jadi kau nak matilah?!” Cebek foxyman.. “Elo..! Kau belum layak mati, selagi kau belum kenal siapa diri kau, dan roh bagaimana yang ada pada diri kau..” Foxyman berhenti sebentar, dan berkata semula sebaik sahaja aku buka mulut untuk membalas tempelak dia.. “Lagi pun, kau dah pasti siapa yang bakal kau jumpa, bila kau mati nanti? Kau pasti, kau cukup hujah untuk pertahankan ketenteraman roh engkau, macam kau berhujah dengan aku selama ini? Kau pasti, bila di sana nanti, kau dibelai macam orang dalam persantaian?”

“Ceh Foxy, ini bukan masanya, kau nak soal aku begitu..!” Aku rasa, aku berhak protes, walaupun aku yang undang Foxy bincang hal mati..

“Lebih baik aku yang menyoal, selagi kau masih ada peluang.. Bila sampai di sana nanti, kau dah tak ada jalan pulang..”

 

21/9/06

Foxyman memberi aku dua opsyen: Masih berdegil untuk tergila-gilakan Bored, atau tumpu perhatian pada destinasi yang pasti akan aku tempuh, dalam jangka terdekat ini..

“Mengapa aku tak boleh pilih kedua-duanya sekali? Aku tahu aku layak dan mampu menangani kedua-duanya, sekali gus..! Cuma keadaan sahaja yang nafikan kelayakan aku..! Kenapa keadaan mencemburui aku?”

“Egotis..!” Bentak Foxyman.

“Apa?!” Walaupun aku ingin membentak sama, tetapi, bentakan aku tidaklah sekeras bentak Foxyman.

“Kau bukan sahaja bodoh psikologi dan dengkel spiritual, tapi, bodoh istilah..!” Kali ini, walaupun Foxyman bernada lembut sedikit, kesinisannya cukup jelas dan tajam untuk membuat aku terkedu. Lantas, Foxyman memperkuatkan faktanya untuk menyentap keterkeduan aku.. “Kau tentu arif dengan perkataan EGO, dan kata-kata terbitan yang terbit dari istilah itu?”

Hah! Foxyman, nampaknya, bukan sahaja ada ketrampilan sebagai seorang ustaz terbitan, malah, dia juga sedang cuba-cuba untuk menjadi guru bahasa aku..?!

“Ego adalah diri kau yang sakit, lawan kepada roh kau yang miskin dan papa itu.. Dari situ, terbit; egosentrik, egoisme, egotisme dan egotis..! Dari egotis, ada pula terbitan egotistik dan seterusnya egotistikal..!” Foxyman tersenyum, dan diakhir senyuman itu, Foxyman menggaru kepala..

Aku turut tersenyum lihat gelagat Foxyman, kerana aku pasti, tentu dia telah berjaya kelirukan diri dia sendiri dengan istilah-istilah yang dia “main hentam” sahaja itu. (Agaknya lah).

“Kenapa kau senyum?” Jegeh Foxyman.
“Tak ada apa-apa.. Teruskan..!” Aku menggalak..

“Ego adalah diri sendiri; Egosentrik, mementing diri sendiri; Egoisme, kepetingan diri sendiri; Egotisme, amalan memuji diri sendiri; Egotis pemuji diri; Egotistik, bersifat ego; dan Egotistikal, adalah ego.. Nampak tak semua ini, dari ego ke egotistikal adalah satu kitaran.. Dari istilah ego kita akan dikisar  dan dikitar dengan berbagai istilah berkait ego dan akhirnya kita ada egotistikal yang bermaksud ego.. Kan itu satu kitaran tentang bagaimana manusia memanipulasi diri sendiri, untuk menyusahkn diri sendiri? Faham?”

“Tak..” Kata aku dengan muka bebal yang selalu aku persembahkan kepada Foxyman.

(bersambung…)

Sept 17 – Sept 19

September 16, 2006

17/9/06

Sedang aku bermenung sendirian, untuk memikir kata bagi ruangan ini, sebuah window kecil terpacul di monitor aku.. paparannya agak membingungkan tetapi aku harus memberi sedikit renungan terhadap bisikan berikut..

“You’re about to be given the chance to embark on an extraordinary relationship. Be receptive to influences that shape your mind, body and soul, and make sure you can relinquish your need for control.”

Ahh.. Elok rasanya kalau aku tidur sahaja.. Untung-untung, ada ilham datang sementara aku dapat lelapkan mata..

 

18/9/06

Seharian aku cuba renungtafsir bait-bait pada bisik kata semalam.. Jika dihayati, memang ada kejujuran di bisik itu.. Satu kejujuran meminta aku berhakikat dan lepaskan apa jua harap yang telah tiada.. Gusar terhadap sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk aku, tidak harus bersifat kekal. Jika kesilapan itu bukan kesilapan manusia tertentu, maafkan sahaja keadaan yang mempengaruh situasi yang telah berlaku. Perhubungan luarbiasa yang macam mana, bakal aku harung selepas ini?

Setahu aku, selepas ketiadaan Bored, ada beberapa perkara baru yang berlaku:

Aku dipelawa duduk bersama untuk mencorak dasar latihan yang boleh diimplementasi untuk pelapis dalam industri perfileman tempatan. Aku janggal duduk di jawatankuasa itu kerana, aku terasa kecil berbanding dengan kelulusan kertas yang ada pada setiap ahli majlis tersebut.. Walau apa pun, Alhamdulillah, pendapat aku. berdasarkan pengalaman aku di bidang aku, diterima pakai juga..

Seorang kawan yang lama berkecimpung dalam penerbitan drama, rajin bertanya tentang perkembangan e-novel yang sedang aku tulis ini.. Kawan ini seorang wanita yang sedang terperangkap dengan isu “gantung tak bertali..” Dan, dia maklum bahawa aku juga sedang dihantui oleh situasi Bored.. Tak mungkin aku akan ada perhubungan luarbiasa dengan dia, kerana, untuk selesaikan masalah “gantung tidak betali” itu, akan melibatkan keewangan yang besar — meleraikan tutuntan bekas suami yang “tidak mampu mengadakan tali” untuk menggantung isterinya.. Kan dayus suami yang sebegitu.. Hanya pandai menuding jari, tanpa mengkaji silap sendiri.. Aku hairan, mengapa pihak mahkamah syarie menyebelahi suami yang sebegitu.. Apalah kesilapan kawan aku ini, sehingga dia dilayan sebegitu? Mana dia hak kaum wanita yang hendak diperjuangkan oleh dasar Islam Hadhari? Para ulama’ di pusat-pusat islam, tak pandai cari rasional hukum-hakam ke?

Dan, yang paling terbaru, muncul seorang “hamba Allah” yang bersimpati selepas membaca sebahagian e-novel ini.. Dia kata dia bersimpati.. Tetapi, aku rasa dia belum cukup memahami untuk berempati dengan perasaan aku.. Apatah lagi untuk berhubung luarbiasa dengan aku..

Buat masa ini, keyakinan aku hanya satu; bahawa, luarbiasa yang dimaksudkan itu, bukanlah satu perhubungan yang melibatkan aku dengan manusia lain.. Mungkin aku akan dipelawa berpindah keluar dari ruang maya ini, atau dari dunia fana ini, ke suatu perjalanan baqa’ lagi barzagh sifatnya.. Satu keluarbiasaan yang belum pernah aku tempuh.. Sama ada aku rela atau tidak, ia satu pelawaan yang wajib aku terima, tanpa lengah.. Sama ada aku rela atau tidak, aku harus mengingat semula apa yang telah aku lupa, dan, lupakan apa yang masih aku kasih dan ingat selalu:

Kasih pada harta – lupa pada hisab
Kasih pada mahligai – lupa pada kubur
Kasih pada hidup – lupa pada mati
Kasih pada dunia – lupa pada Akhirat..

 

19/9/06

Aku tidak ada harta, dan tidak ada mahligai.. Namun begitu aku tetap akan dihisab dan diseret ke kubur yang sedang menanti.. Iya, aku akan mati… Itulah mimpi aku semasa tidur petang semalam, sehingga aku terlepas ‘asar, maghrib dan isya’.. Aku tertidur sehingga subuh.

Ada beberapa pesanan ringkas yang cuba bangunkan lena aku.. Aku jawab pesanan ringkas itu dalam keadaan separa sedar sahaja.. Aku minta maaf kepada si pemesan ringkas, kerana aku sedang bergelut dengan konten mimpi yang sedang aku mimpikan.. Ketika itu, jasad aku terbujur kaku, terkumat-kamit minta nyawa, dalam fikiran merewang.. Aku hanya dapat mendengar gema kata yang datang dari berbagai arah – dari kiri, kanan, atas dan juga dari bawah. Gerun, sungguh menggerunkan kata-kata itu.. Katanya……

Bersedialah, wahai orang yang hampir mati, kau kini akan terbahagi kepada lima bahagian: Hartanya untuk warisnya.. Nyawanya untuk Malaikat Maut.. Dagingnya untuk ulat.. Tulangnya untuk tanah.. Amalnya untuk orang yang dianiayanya.

Apabila bercerai nyawa dari badan, maka renunglah oleh kamu, hai anak Adam: Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engkau? Adakah engkau menghimpun dunia atau dunia himpunkan engkau? Adakah engkau bunuh dunia, atau dunia bunuh engkau?

Aku sudah mati? Aku sedang dimandikan? Tak mungkin..! Kalau aku mati, mustahil aku masih mendengar kata-kata gerun itu, dan masih sempat melihat apa yang sedang diperlakukan kepada aku?

Hai anak Adam, badan kau yang kuat dulu, kenapa lemah sekarang ini? Lidah kau yang petah itu, kenapa membisu sahaja? Mana kekasih engkau.. Ke mana mereka meliar sekarang?

Ketika kau dikapan, dan akan diusung ke keranda yang menanti itu.. Cuba renungkan:

Kau keluar dari rumah tanpa kembali lagi.. Kau akan berjalan jauh, tanpa bekalan mencukupi.. Kau kembara tanpa kenderaan buat selama-lamanya, sedangkan kau akan berjalan ke sebuah negeri yang huru hara..

Dengan ketawa gemuruh, suara itu semakin bertempik.. Masih tidak mahu melepaskan kesengsaraan mimpi aku ini.. “Kau tahu..?” Sambungnya lagi…

Beruntunglah engkau, jika kau menjadi seorang yang beruntung.. Beruntunglah engkau jika amalan kau baik.. Beruntunglah engkau jika kau sentiasa bersahabat dengan keredhaan Allah..

Wahai anak Adam.. Segala amal kamu akan kamu lihat – yang baik akan dilihat baik, yang jahat akan dilihat jahat..

Suara yang bergema sejak tadi, berubah menjadi satu wajah gerun tanpa sebarang riak diplomasi.. Dia membuka keranda, dan serta merta cempakkan jasad berkapan aku, ke dalam sebuah lubang yang baru digali.. Bumi menjerit menyambut kedatangan aku..

 Kau..! Pernah tidak kau ambil kira, bahawa, kau akan kembali jua ke dalam perutku setelah berjalan di atasku? Jika kau berbuat maksiat dan dosa diatasku, kau akan disiksa dalam perutku.. Jika kau bergurau di atasku, kau akan menangis dalam perutku.. Jika haram makanan kau diatasku, nescaya semua binatang ‘azab dalam perutku akan memakan kamu.. kamu bersukaria diatasku, sengsaralah kamu dalam perutku.. Kau bersikap sombong, maka hinalah kau dalam perutku.. Kamu mencari sinar palsu di atasku, kamu akan bergelap dalam perutku.. Kamu berhimpun kerana nafsu di atasku, rasakanlah, kali ini kau sengsara kesaorangan dalam perutku..

Liang lahat tempat aku bersemadi buat selama-lamanya, turut menempelak..

Aku rumah yang terpencil – maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al Quran.. Aku rumah yang gelap – maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam.. Aku rumah penuh tanah dan debu – maka bawalah ‘amal soleh untuk hamparanmu.. Aku rumah ular berbisa – maka bawalah keikhlasan yang bersandar pada nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Pemurah.. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir – berapa kerap zikir kamu, berapa lembut lidah kamu, berapa ikhlas niat kamu bila bertauhid serta beriman kepada  La ilaha ila Allah, Muhamad Rasul Allah..

Aku tersentak dari lena apabila azan subuh berkumandang.. Hmm tercapaikah semua ini, dalam waktu sesingkat ini? Sedangkan aku tidur mati, dan tertinggal beberapa waktu solat wajib..

Setiap kali aku terjaga dari mimpi dan terlepas banyak waktu solat, Foxyman sering ingatkan aku.. “Kau tahu tak, matahari menangis, setiap kali dia terbit, dan nampak kau masih berdengkur? “Hai anak Adam,” keluh dia.. “aku datang untuk terangkan hari kau, sebelum datang senja.. Manfaatkanlah kedatangan aku ini..”

“Apa?!” Aku cuba dapatkan penerangan lanjut Foxyman..

Foxyman mencekak pinggang, kerana tak mahu aku kelihatan bodoh setiap kali ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada aku.. “Kau dah tua kan? Bila lagi nak latih-latih bersyukur..”

“Heh, aku dah tua ke? Jawab aku sambil belek skrin telefon untuk semak miscall dari kawan-kawan, dan beberapa sms dari Bored, yang masuk ketika aku tidur mati sejak petang semalam..

“Eh, Bored sms semalam?” Aku tersentak dan segera semak tiga mesej dari Bored.. Bored bertanya khabar, dan aku membalas pertanyaan itu dengan bertanya khabar juga.. Kerana, aku tak tahu apa perkhabaran yang hendak aku luahkan kepada bored.. Aku masih cemburu dengan status Bored.. Aku masih terkilan untuk mengkhabarkan “Alhamdulillah, aku sihat..”

Cuti kawin Bored sudah berlalu, Bored dah mula bekerja.. Dan, seperti yang telah dijanjikan, apabila dia berada di pejabat (lepas dari tagehan rumahtangga) Bored akan mengambil kesempatan untuk menghubungi aku.. Sekurang-kurangnya, kalau tidak seintim dahulu, dia akan memanfaatkan waktu itu untuk bertanya khabar..

Sept 13 – Sept 14

September 9, 2006

13/9/06..

“Mana kau hilang hah?” Bentak Foxyman sebaik sahaja dia terpacul hadapan aku.. Takut aku tenguk dia membulatkan mata ke arah aku.. “Dah, jangan kata kau keluar cari ketenangan..! Itu kerenah escapist..!” Foxyman menepuk-nepuk lembut muka aku dengan kedua tapak tangannya.. “Cik abang sayang..kau tahukan, escapist tak pernah lerai sebarang masalah? Yang meraka mampu, lari dari satu masalah, kemudian berdepan pulak dengan satu lagi masalah yang lebih besar.. Betul tak?!” Foxyman memang sudah masak dengan fe’el aku, setiap kali berhadapan dengan “interogasi” dia.. Bahkan, apa jua jawapan yang bakal terhambur dari mulut aku, semua dia tahu..

“Semua orang dalam dunia ini escapist.. Termasuk engkau..!” Aku kembalikan perwatakan yang baru dianugerahkan itu, kepada Foxyman.. “Aku tak percaya, kalau kau kata, kau pasrah dengan apa juga kejadian buruk yang menimpa kau selama ini..! Sekurang-kurangnya, kau perlu sikit masa untuk pulih, betul tak? Dan, ketenangan yang aku cari, bertujuan untuk itulah..” 

“Oh, sekarang kau dah pulih lah?” Sergah Foxyman.. “Tak macam orang pulih pun..!”

“Eh, semua keterbukuan dalam hati aku, aku kena bagi tahu engkau ke?” Aku mula rimas dengan sikap suka menyebuk Foxyman..

“Tak perlu, kalau kau dah tak sibuk tunjuk muka monyok kau tu lagi, depan aku..” Tegas Foxyman.

“Siapa yang menyebuk tunjuk muka? Kau ke aku?” Aku pula hilang sabar dengan sikap Foxyman..

Aku tidak patut berkata begitu kepada Foxyman. Kerana, selama ini, Foxyman adalah seorang mentor yang penuh dengan pengalaman hidup.. Yang tidak jemu mendidik siapa sahaja yang ingin hidup sempurna.. Dia bukan sahaja seorang mentor, malah, dia idola aku.. Pada diri Foxyman ada ciri semulajadi yang sengaja aku ketepikan. Akibatnya, aku terseret jauh dari norma ketanggujawaban yang perlu ada pada seorang lelaki seperti aku.. Aku hanyut dengan impian kosong.. Itulah pendapat Foxyman terhadap aku.

Foxyman pernah gagal.. Tetapi dia berjaya bangkit dengan iltizam serta komitmen wajar untuk keluarga dan masyarakat.. Foxyman sering sebut tentang penglibatan isteri tercintanya, untuk mengembalikan dia ke realiti penghidupan, ketika melihat tangan Foxyman mengapai-gapai mencari tempat berpaut, ketika Foxyman sedang terhumban ke sebuah gaung kehancuran.

Tiga tahun, isteri dia berikhtiar untuk menarik Foxyman keluar dari gaung itu.. Tiga tahun anak-anak Foxyman membesar tanpa pengendahan seorang bapa yang sempurna fikiran.. Tiga tahun Foxyman hidup dengan serba ketidakwarasan.. Semua ini, kerana, Foxyman telah tersesat dek hasutan mimpi. Foxyman selalu mengingatkan aku tentang igauan yang menyakitkan itu. Tetapi, aku tidak pernah ambil iktibar dari moral yang ada pada apa yang telah dialami oleh Foxyman.. Aku percaya, Foxyman adalah Foxyman, aku adalah aku..

“Kalau kau tak mahu ambil iktibar dari pengalaman gagal aku, aku rasa kau juga akan mengalaminya, tidak lama lagi..” Seru Foxyman bila nampak aku bagai mencebik pada kegagalan lampau dia.. “Kau tak sayang dengan apa yang telah kau nikmati selama ini?”

“Aku cuma gagal untuk dapatkan hati seorang perempuan.. Tak mungkin aku akan menggapai-gapai seperti kau..!”

Aku nampak keterkilanan di wajah Foxyman.. “Kau memang degil..! Kau pun macam aku juga dulu, kan? Kalau aku pernah gagal dan boleh bangkit semula, kenapa kau tak boleh? Tenguk tu.. Rupa kau dah macam kutu rayau yang pernah aku nampak di Chow Kit, 20 tahun dulu.. Tak mandi, tak makan, muka berbauk, rambut tak terurus, pakai tak kemas.. Apa nak jadi dengan engkau hah?”

Aku malas sambung bicara dengan Foxyman.. Aku malas bincang kesengsaraan yang sedang menimpa aku.. Aku malas nak fikir bagaimana untuk pulihkan semangat aku lagi.. Ah, biarlah aku begini selama-lamanya.. Apa nak jadi, jadilah.. Kalau Foxyman datang menjenguk lagi, aku akan pura-pura setuju dengan apa sahaja yang hendak dikatakannya.. Pokoknya, aku puas.. Kalau aku ini ditakdirkan hidup untuk gagal, biarlah aku belajar hidup dalam serba kegagalan.. Sekurang-kurangnya, sehingga hari ini, walau aku gagal macam mana sekali pun, aku masih hidup.. Iya tak? Dan, aku tidak pernah ganggu sesiapa..

Mengapa foxyman cop aku seorang escapist? Aku tidak melarikan diri dari sesiapa.. Dan, aku yakin, tidak ada sesiapa yang ada hati untuk mengejar aku lagi.. “Hah aku escapist hah?!! Tidak ada sebab Foxyman gelar aku escapist.. Mungkin, orang yang menyorok atau melarikan diri dari aku, boleh aku anggap escapist..”

“Kalau kau terus berdendam, kau akan terus kalah.. Itulah masalah kau selama ini..” Ujar Foxyman setelah lama menghadam hujah-hujah bodoh aku.. “Putus cinta, bukan penyudah cita-cita hidup.. Terima sahaja keadaan itu sebagai satu permulaan baik.. Kaitkan diri pada perkara-perkara lebih manfaat, yang kau jauhi selama ini..”

Aku menyampah dengar ungkapan-ungkapan sebegitu.. Semua akan kata begitu, kalau berhadapan dengan orang seperti aku.. Anehnya, kalau mereka ditakdirkan berhadapan dengan masalah seperti aku, tentu mereka juga akan menolak ungkapan sebegini.. “Hah, tak ada kata-kata lain ke?”

“Haah, orang degil dan sombong macam engkau, memang tak pandai dengar kata..! Bongkak tak tentu pasal..! Bingai tak boleh diajar..!” Aku sorokkan senyum aku bila Foxyman guna istilah “bingai..” Mengapa dia guna istilah “bingai”? Mengapa bukan istilah “bodoh” yang sering diguna oleh orang lain? Apa beza bingai dan bodoh?

“Bodoh adalah orang yang tak tahu apa-apa.. Bingai adalah orang yang serba tahu tapi tak faham apa yang dia ketahui..!? Tak sudah sudah Foxyman mengutuk aku..

Kesalahan aku bercinta dengan Bored, dianggap isu besar oleh Foxyman.. Aku tak tahu mengapa dia begitu beremosi dengan kesilapan aku yang sekecil ini. “Kau asyik mengutuk sejak hari itu.. Aku nak dengar sesuatu yang bernas dari kau.. Sesuatu yang praktikal untuk aku lakukan..”

“Kau bukan budak-budak..! Bernas atau praktikal sesuatu perkara, terpulang pada penerimaan kau pada pendapat pendapat, dan pada kebolehan menafsir diri sendiri.. Aku tak boleh buat keputusan bagi pihak diri kau..” Kali ini Foxyman kedengaran lantang dan nampak serius..

“Tafsir diri?” Tanya aku, sambil membebalkan muka.

“Ya, ustaz ustaz kan ramai di surau tu, cuba merujuk ke sana..” Jawab Foxyman.. “Tanya mereka tentang: Siapa sebenarnya aku (diri kita)? Bagaimana sifatku? Bagaimana tindakanku terhadap sekitarku? Sikapku, pada situasi yang tidak menguntungkan diriku? Apakah aku termasuk manusia penting nafsu sahaja? Dan tanyalah apa sahaja yang kau nak tanya..!

Aku menggaru kepala.. Sejak bila pemikiran Foxyman dah sama taraf dengan ustaz? Tentu banyak jawapan dia tahu kalau dia ada soalan sebanyak itu..

“Revolusi Spiritual..!” Foxyman lanjutkan syarah hariannya untuk aku.. “Reset your set value ke arah itu..”

Istilah revolusi terlalu besar untuk orang sekecil aku.. Silap-silap amal tentu aku kena ISA.. “Kau hendak aku jadi seorang revolusioner pulak?”

Senyum sinis Foxyman melirik lebar. Aku pasti, dia sedang “membingaikan” aku di dalam hatinya.. “Revolusi Spiritual sesuai untuk orang buntu yang tenggelam dalam hiruk-pikuk duniawi.. Otak kau, akal kau, nafsu kau dah tak seimbang lagi.. Imbangkan semua itu..”

Wah, celupar betul Foxyman.. Berani dia tuduh aku hilang pegangan – terlelap dalam kehidupan materialisme? Aku mengalami kebingungan epistemologi? Ish.. yang bingung serta menjadi bingung dan skeptis adalah dia, yang terperangkap antara materialisme dan mistisme..!

“Budak perempuan yang kau gila-gilakan tu, kan satu konsep materialisme? Kau terkejar-kejar perkara duniawi untuk memuaskan nafsu duniawi..”  Sahut Foxyman untuk mencabar semula cabaran aku.. “Sementara mengejar dia, kau cicirkan nilai yang mengatasi  kehendak kehidupan kau.. Kau dah terkeluar dari matlamat seorang abid.. Revolusikan diri kau..!”

 

14/9/06

“Aku khuatir, nanti ustaz ustaz di surau itu, anjur supaya aku mengasingkan diri.. Nanti aku dituduh zuhud, dan bencikan kehidupan dunia..” Aku menyelar, walaupun aku tak tahu apa erti sebenar “zuhud.”

Tak sangka pula, Foxyman sudah pandai tiru jargon ustaz ustaz yang berkelulusan moden.. “Ya betul tu.. Sifat spiritualis, terutama sekali golongan sufisme, memang dah lama dianggap cermin kemunduran, sejak abad pertengahan dulu.. Tapi sekarang, sudah ada trend kesufian ikut acuan Islam Hadhari.. Pak pak lebai kita, ramai dapat jolokan Spiritualis Industrial..! Lebai lebai ini gigih memperkasa bangsa dan ugama mengikut konteks kemajuan zaman. Sufi-sufi sekarang bukan sufi-sufi merempat – mereka tinggal di rumah banglo, bertugas di gedung besar, berkereta mewah.. Mewah dan berkat..!”

“Ikhlas ke golongan tu?” Keluhan aku diterima oleh Foxyman dengan beberapa anggukan perlahan, menandakan dia sedang berfikir, dan kemudian berkata semula untuk mengangkat semangat aku yang berintelek rendah ini, supaya tidak jemu ikut saranan yang sukar difaham itu..

“Hati seseorang Allah sahaja yang tahu.. Dan kau belum terlambat untuk berlatih ikhlas.. Spiritualiti adalah katarsis, untuk mengubat roh kita yang lemah ini..” Jelas Foxyman. 

“Eh Foxy, mana kau dapat semua istilah-istilah macam ini?” Aku cuba hentikan keterlaluan ilmiah Foxyman.. Foxyman tersengeh bangga.. Kalau Foxyman boleh beristilah sebegitu, aku rasa aku pun boleh juga, mungkin..

Sambil meniru jargon tiruan dia, aku bersuara semula.. “Masyarakat moden anggap ilmu sufi, ilmu “mistis”?! Kan satu penyelewengan tu..!”

“Apa maksud kau?” Tanya Foxyman

“Yelah, kau tak nampak ke, orang sekarang amal hal-hal yang ada ganjaran material sahaja.. Yang lain semua campak tepi..”

“Misalnya?” Foxyman duga maklumat yang aku ada..

“Orang sekarang mengaku kenal Tauhid, tapi tak pernah cari penjelasan ilmiah dan rasional tentang Tuhan dan Ketuhanan, atau kebenaran Al Quran sebagai kalam Allah.. Yang mereka harap, cuma, fadilat sepotong ayat untuk dapatkan efek “mistik.. Dan bagi tujuan itu, mereka jadikan sepotong ayat itu sebagai doa dan jampi mentera untuk dibawa ke sana ke mari..” 

Foxyman telan air liur untuk benarkan aku terus bercakap..

“Tak hairanlah nanti, kalau sekarang, banyak acara spiritual yang digabung dengan tema niaga dan ekonomi, seperti apa yang kau nampak dalam siaran lansung television dan laporan surat khabar tempatan..!” Sambung aku lagi, sambil berpeluh-peluh cari ide lanjutan..

“Boleh tak aku simpulkan, Spiritualisasi moden, hanya untuk mendokong cita-cita materialis, memperkukuh teori politik modernisme, dan kadang tu, hanya sekadar mengikut trend di kalangan masyarakat menengah ke atas, tanpa ada keingintahuan tentang mengapa konsep spiritualitasi atau sufisme, diangkat ke permukaan..”

Aku terhenti sekali lagi untuk menunggu tindak balas Foxyman… Jika ada..

“Kau malas nak ke surau, macam-macamlah kau cakap ehh? Manusia apa kau ni hah?!” Itu sahaja komen Foxyman pada hujah aku yang aku anggap berjela-jela itu.

“Indikator yang aku sebut tu adalah pendapat aku tentang kecenderungan terhadap spiritualitasi yang tidak menjurus ke arah pemahaman beragama yang sepatutnya.. Di mana, spiritualitasi hanya dianggap sebagai suplemen kehidupan, mengisi santai hujung minggu.. Itu yang aku dapat aku perhatikan dari sikap orang-orang yang datang mendengar ceramah di surau tu.. Perangai mereka tak berubah pun..! Habis dengar ceramah, mula kutuk orang..!” 

“Janganlah pandang yang negatif..!” Foxyman dapat ide agaknya.. “Anggap sahaja, fenomena keagamaan ini sebagai pintu gerbang menuju agama.. Tak kiralah dari arah manapun pintu itu.. Pentingnya, pintu itu terbuka..! Hati kau tak sejuk ke, bila nampak kemunculan kumpulan spiritual, kumpulan zikir, dan suasana sufisme yang autokratif terhadap keberagamaan kita?”

Aku tak faham mengapa Foxyman berkata begitu, sedangkan di keliling kita ada banyak kelompok kelompok songsang.. “Macam Ayah Pin, maksud kau? Memperalat ugama untuk melegitimasi kekuasaan.”

Aku terpaksa berlapik, apabila nampak Foxyman menjegih tajam..  “Heh, maksud aku, ugama seharusnya mampu membebas dan mencerahkan penganutnya – yang kebanyakannya, ingin tenteram dan kusyuk beribadah..”

Tiba-tiba Foxyman tergelak.. “Hahaha, sekarang kau dah senada dengan aku.. Jadi bila kau nak ikut aku ke surau..”

Rupa-rupanya aku terperangkap dengan hujah-hujah aku sendiri.. memang pandai Foxyman perangkap aku.. 

(bersambung… )

Sept 10, 06 – Sept 12, 06

September 8, 2006
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1157758776-hr-140.jpg\”

10/9/06

Hari ini hari minggu.. Aku tak ada apa nak buat, oleh yang demikian, aku turun bersiar ke Melaka. Bagi tujuan ini, seorang Abang Beca aku upah untuk berkayuh selama lima jam.. Tidak pernah aku lakukan, berbeca dari Melaka Sentral, berehat sebentar di pusat bandar, sebelum meneruskan kembara lipur yang gila ini — melewati Kota Melaka, menyelinap kesibukan jambatan Melaka, menyusur kesempitan jalan Trangkera, dan, terus ke Tanjung Bidara..

Ia, aku berbeca selama lima jam + termenung dua jam di bawah redup pepohon rhu yang diatur rapi di sepanjang pantai Tanjung Keling.. 

\”Mengapa pilih beca? Kenapa tak naik teksi sahaja?\” Tanya abang Beca dalam keadaan termengah-mengah.

\”Saya nak mengihirup udara pantai Melaka.. Kalau naik teksi, udaranya terkongkong.. Lagipun, bila saya tanya pemandu-pemandu teksi tadi, dia orang tawarkan harga pelancong, macamlah saya ni orang luar datang nak menghabiskan duit di sini..\” Aku mula bercakap, selepas diam sahaja sejak menaiki beca itu.

\”Heh mana ada harga pelancong atau harga orang tempatan, kan semuanya sama sahaja?\” Abang Beca mempertahankan harga upah yang bakal di\’sembelih\’nya nanti.. \”Pakcik dari mana? Tentu ada sebab tertentu Pakcik nak ke sana, tak? Apalah istimewa sangat udara Tanjung Keling tu? Bau asap kilang dan bau ikan busuk, adalah..\”

\”Pakcik!?\” Aku tersentap dan menjeling ke muka Abang Beca yang sudah menjangkau angka 35, (mungkin tua sedikit atau mungkin muda sedikit).. Entah, susah aku nak mengagaknya.. Hmm, patutlah Bored, yang masih berumur 34 tahun, keberatan panggil aku abang, bila dianjur berbuat demikian.. Aku sudah mencecah 57 – akan jadi 60, tiga tahun lagi..

\”Abang Beca tak sanggup panggil aku abang, inikan pula Bored..\” Kompromi aku pada diri sendiri sambil tersengeh bila Abang Beca menoleh ke muka aku.. 

Apa pun, Bored pandai diplomasi. Bila teragak-agak untuk panggil aku abang, dia ada alasan munasabah.. \”Aku anak sulong, dari enam orang adik beradik. Aku tak pernah ada abang atau kakak untuk dipanggil kakak mahupun abang..\” 

Aku cukup faham tentang sikap Bored yang tak pandai menjatuhkan air muka orang. \”Ialah,\” Jawab aku untuk menutup keterkilanan (dan, menagih manja dari Bored).. \”Untuk pengetahuan kau, aku jugak anak bongsu dari enam orang adik beradik.  Dan aku pun tak pernah dipanggil abang oleh sesiapa.. Bila sesekali kena panggil begitu, tentu gelabah dibuatnya, kan?\”

\”Heh, kalau abang tahu, takpe..\” Dengan melirik senyum, Bored sempat curi kesempatan tidak ketara, memujuk rajuk aku.. Inilah sifat Bored yang sentiasa buat aku senang.

Beca yang aku naiki, tiba di satu tempat mengumpul hasil tangkapan nelayan persisir, di Tanjung Keling. Di situ kelihatan benyak sampan nelayan tersusun kemas di tempat khas, di tepi pantai. Turut berada di kawasan itu adalah, beberapa pondok dan pangkin peraih ikan. Dan sebaris kedai makan ala food court untuk menjamu sesiapa sahaja yang datang bersantai.. 

Abang Beca memperlahankan beca.. \”Berhenti kat sini, boleh Pakcik? Atau nak ke atas lagi?\” Abang Beca sudah kelihatan jerih.. Namun, dia masih mampu untuk senyum.. Kesian aku, bila ternampak barisan tunggul gigi yang memenuhi ruang hadapan gusinya..

Semasa dia tercungap-cungap dalam senyuman, menghela dan menghembus nafas, aku terbau nafasnya yang agak tidak menyenangkan, mencemar qualiti udara di ruang tempat aku duduk. \”Hmm nak berhenti kat sini ya?\” Tanya aku.

Abang Beca buat muka menagih tambang.. Aku keluarkan sepuluh ringgit dan serah kepada dia.. \”Eh.. dekat dua jam saya mengayuh, takkan sepuluh ringgit?\” Abang Beca menengking kecil sambil kesat peluh di dahi..

\”Err, beginilah..\” Aku tenteramkan dia. \”Guna duit ini untuk minum, dan sementara itu, saya nak duduk sekejap di bawah pokok tu..\” Sambil menunjuk pada barisan pokok rhu di tepi pantai.. \”Bila saya nak balik nanti, saya akan cari awak di kedai makan tu nanti..\”

\”Hari nak hujan Pakcik.. Hah, dah mula renyai pun..!\” Sebenarnya Abang Beca curiga. Dia takut aku akan lari tanpa membayar tambang sepatutnya.

\”Tak apalah, kalau hujan lebat nanti, saya \’join\’ awak minum kat kedai.. Pergilah, jangan takutlah, saya tak tipu awaklah..\” Aku tinggalkan Abang Beca, yang masih terkebil-kebil seperti orang curiga..

Aku merayau-rayau di gigi ombak, sebelum duduk di satu lingkaran tembuk rendah yang memisahkan bahu jalan dan kawasan pantai.. Di situ, aku mengenang tarikh-tarikh sejak beberapa bulan dulu.. Tarikh aku bersama Bored, yang sering datang, duduk di tembuk rendah ini.. Ketika itu aku dilamun asyik, manakala Bored melayan leka, dalam renjis gerimis halus, yang kami anggap restu dari hembusan angin, Selat Melaka..

Hari ini aku duduk bersendirian sahaja walaupun renjis gerimis halus Selat Melaka, masih tidak jemu menyambut kunjungan aku ke sini, sekali lagi.

Dari kedai makan tempat abang beca berehat menunggu aku, aku terdengar lagu Rindu Lukisan sedang berkumandang.. Sebuah lagu lama. Aku dah lupa siapa yang mendendangkan lagu ini. Mungkinkah, dengan usia yang sebegini, aku sudah menjadi seorang pelupa.. Mungkinkah dengan kunjungan kali ini, ke sini, di dalam rembas gerimis ini, aku harus bertekad – lupakan Bored?

\”Ahh…. Tenteram aku semakin kecamuk..!\”

Rindu lukisan mata suratan
Hatiku nan merindu
Rindu bayangan nan meliputi
Paras seri wajahmu

Mengapa kau mendusta seribu kata
Mengapa kau membisu seribu basa
Mungkinkah bulan merindukan kumbang
Dapatkah kumbang mencapai rembulan

Rindu katakan rindu usah kau
malu karena asmara
Risau engkau risau dik akupun
Maklum maksud tak sampai

Rindu hatimu akupun demikian
Rindu sudah nasib untung dibadan

Selepas Rindu Lukisan, berkumandang pula lagu dari original sound track Dealova – Once.. \”Ahh, aku benci lirik lagu ini..!\” Keluh aku, setiap kali terdengar ia berkumandang sejak akhir-akhir ini..

 

11/9/06

Lima tahun dahulu, \”September 11\” menggemparkan dunia. Bangunan WTC, New York, tersembam ke bumi.. Ground Zero..! Angkara siapa? Tidak siapa ada jawapan terhadap konspirasi politik yang paling kejam itu.. Amerika dan pihak sekutunya, serta pihak negara Islam di seluruh dunia, saling tuduh menuduh.. Begitulah akibat jika manusia sudah bertuankan nafsu dan kepentingan diri. Saling berprasangka dan saling memfitnah.. Yang berkuasa semakin angkuh, semakin zalim.. Yang lemah semakin tertindas, semakin buntu untuk menegak kebenaran dan mengekalkan hak.

Aku tidak sehebat Bush.. Aku tidak serakus Saddam Hussain.. Cuma, bila pihak yang memiliki kuasa dan pihak yang tidak mahu berundur dari kuasa, bertelagah – insan kecil seperti kau dan aku, akan terdedah dengan berbagai bencana mala petaka.

Aku bukan mangsa Ground Zero.. Aku tidak berpihak kepada Bush mahupun Saddam – kerana kedua-dua mereka ada kehebatan serta kelemahan sendiri. Kedua-dua mereka ada dosa sendiri. Ruang lingkup aku jauh lebih kecil dari senario politik dunia. Malah, terlalu kecil untuk mendapat perhatian umum. Tetapi, penindasan psikologi yang aku alami ada persamaan dengan ground zero.. Sudah lebih seminggu aku tersembam.. Tanpa ada sebarang anjuran \”Road Map\” untuk aku.. Suara aku tak selantang NGO\’s untuk meneriak simpati.. Aku malu.. Aku tersembam kerana silap sendiri.

Bagilah aku secebis cekal buat pengukuh langkah, yang telah lama goyah. Dalam lesu ini, aku perlu belajar merintis.. Mengharung semula jalanan tabah yang perlu aku susuri – laluan yang sudah penuh dengan semak beronak serta berduri. 

 

12/9/06

Perlukah aku memusuhi Once, kerana lirik yang didendangkan untuk filem Dealova?  
\”Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu.. Aku ingin menjadi seperti yang bisa kau rindu…. Karena…..\” Dan seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya…  

 Rangkap-rangkap puitis lagi romantis memang menusuk jika ia didendangkan khusus untuk kita.. Apatah lagi, sumber dendangan itu datang dari seorang yang dianggap sungguh istimewa dalam hidup kita.. Seorang yang kita harap akan berjiwa kuat untuk mengharung kemungkinan, dan sedia berani, memperkota apa jua yang telah tersaran bersama..

Bored, suka dendangkan rangkap ini kepada aku, sejak pertama kali kami betemu di pantai Tanjung Keling.. Diikuti selepas itu, melalui program PC2PC yang disediakan percuma oleh laman Yahoo Voice. (Tiap-tiap malam sehinggalah seminggu sebelum dia diijab kabulkan).

Walaupun kedengaran jauh lebih sumbang, berbanding persembahan Once, aku tetap berkeyakinan bahawa itu adalah satu jaminan, bahawa Bored tidak akan keluar dari hati aku.. Tetapi sekarang, wajibkah aku merubah tanggapan? Adakah dendangan Bored hanya sekadar sebuah plagiat? Sebuah kemanisan sementara dari bibir dan lidah dia.. Sukar untuk dipercayai, Bored ingin berhibur, dan terhibur bila melihat aku bakal tersungkur dengan permainan dia yang sekejam itu.

Tanggapan semula ini aku dasarkan pada kata-kata bual kami, di laman YM, tidak lama dulu.. Kata-kata bual yang aku pandang ringan, pada ketika itu.

BORED: esok mlm, adik-adik ada di rumah, mungkin aku lambat dpt guna pc
AKU: yelah
AKU: yg rajin hijack pc, siapa
BORED: yg youngest bro tu
AKU: sis awak, tak kaki chat?
BORED: dulu2 yer…balik rumah mmg chat mmanjang, tapi skrang sumernya kata, dia org dah tobat
AKU: hahahahah
AKU: dia orang pass penyakit tu kat kak long ehh? 
BORED: tu yg dia org kata, zamn chat ni dah leps lah, dah ketinggalan zaman…tp den baru masuk zaman ni hehehe
AKU: heee
BORED: dulu bila i tgk dia chat, i selalu dok belakang dia, n ckp, ni lah nama nya, tak ada keja, cari keja …. n tak der penyakit, cari penyakit
AKU: heheheheh sekang?
BORED: hahaha…betul gak dua2 tu
AKU: pengalaman idup ek
BORED: a\’ah …kkdg ia me\’release\’kan tension, kkdg menambah
AKU: heheheh.. tension + majuk, seronok tu..
AKU: err \”adik2\” i tu, tau tak kita chat serius?
BORED: i penah citer, sbb dia tanya.. if i know someone 
AKU: ctr dgn siapa
AKU: lepas tu u kata apa
BORED: dgn my 2 bros..yg wife sakit n yg ada anak tu
AKU: apa komen dia org
BORED: dia org dtg opis n ajak i lunch….which jarang dia org buat unless there is something important lah
AKU: haah u ada sebut hari tu
BORED: yup…i ada mentioned
AKU: dia org ingat mamat tu kat opis u ek
BORED: emm tak rasanya… i think the reason is ..ada sedara yg sibuk2 ni, nak suggest org untuk i..
AKU: heh gitu plak 
AKU: siapa tu
BORED: ntah lah…dia org tak mention…hanya tanya if currently i know someone..  n tanya what kind of guy i prefer hahahahaha….kelakar betul ckp benda ni ngan dia org  
AKU: u jawab apa 
AKU: hahaha suspeng den
BORED: tu yg kuar about u
AKU: camne u mula
BORED: hehehe
AKU: cakaplah
BORED: i kan…not really sure of yr intention, meaning, dont know how serious it is…yelah bila pk yr status n our age gap, i rasa normal kalau u or me akan berfikir byk kali
AKU: tu yg buat kita gaduh malam tu ek..  bila u mentioned something about \”apa ke\” i dah lupa
BORED: mlm tu i rasa…u nak kata putus dr i
AKU: maknenya i seriuslah tu.. tapi ada satu phrase yg adik2 u nasihat u.. i lupa gaks, apa u kata malam tu.. heh i majuk pasal itu kot? rasanyalah
BORED: hee tak sempat nak explain apa2.. tiba2 jer, line ym prob mlm tu…n kita dah nak tido…
BORED06 1:14:06 AM): besoknya, bila u masuk ac u menyamar.. kenapa u menyamar nama lain? 
BORED: i tak tahu kenapa u menyamar mlm tu 
AKU: u ada kata sesuatu mlm tu.. u quote kata2 adik u,  something like \” nanti amalan tergelioncir \” tergelincir macam mana? apa maksud dia org?
BORED: dia org ckp, hidup mmg tak lama, tapi maybe 20-30 thn jugak…n kita perlukan ketenangan utk beribadat
AKU: tak tenang camne, kalau u dgn i?
BORED: i think maybe sbb u ada wife … n expect ada tentangan dr keluarga u
AKU: ish.. times heal, kan? 
BORED : times heal?
AKU: handle masalah satu2..  mana yg tiba dulu, kita selesaikan dulu
BORED: u think, all prob can be handled …
AKU: no.. but, insyaallah
AKU: itu je yg i bleh kata
AKU: manusia tak perfect, kan
BORED: apa agaknya respose family u, if i can ask
AKU: mula2 melenting kot?  tapi, i hope, i can cope.. kalau dia cakap banyak, i will ask soklan cepumas.. \”u nak i berzina ke?\”
AKU: sori ek, kalau den guna istilah tu
BORED: tak per
BORED: anak2 u?
AKU: they\’re my children, right? ke, sepatutnya den yg tanya soalan tu kpd anda
BORED: nak tanya i apa tu
AKU: anak2 den? cucu2 den? can u accept me, as what and who i am?
BORED: i tanya u, sbb i nak tahu apa agaknya response dia org
AKU: times heal
AKU: kejutan memang tetap berlaku.. itu memang tak boleh elak
BORED: u penah tpk atau concern about us
AKU: us? my concern is.. i will be having a 2nd family.. come what may, i hope all challanges will be overcomed wisely
BORED: yeah..more or less that is my concern…bleh ker i bersabar n tolerate..dgn situasi2 n masa2 which u may not be around. tak ada org yg plan nak jadi 2nd wife ni
AKU: what do u mean, \”if i\’m not around\”.. giliran kan ada?
BORED: yelah…giliran lah tu
AKU: dah konsepnya gitu kan? lagi pun ym kan ada.. i will be around, walaupun i\’m away
BORED: i tau tu…tu kkdg bertanya dgn diri sendiri…sesabar mana aku ni
AKU: hehehe times heal, we can set ur mind about future situation.. org kampung den kata \”mendoktrinasi diri\” hahahahahah
BORED: mendoktrinasikan diri?
AKU: haah
BORED: wah terror org kg u
AKU: \”be prepared\” kata org kampung sebelah.. hee dia org lagi terror..
BORED: hehe yelah..mmg kita try to be prepared…tp ni hidup n kita deal dgn manusia n kita sendiri manusia
AKU: den harap, den bisa mengkondisi anda utk pujuk diri sendiri (seperti den janji semalam)
AKU: \”mengkondisi\” pun istilah org kpg den
BORED: hahahaha
BORED: ni den tak paham.. dlm kamus ada ker?
AKU : hahaha meh dtg berkenalan dgn org kpg den
AKU: to condition istilah org jawa? hahahahahahahahah
BORED: haha
AKU: golaks plak ek
BORED: org jawa skrg expert istilah ekk
AKU: memang org jawa di indon beristilah gitu
AKU: kalau tak caya, masuk website indon
BORED: mengkondisi ni tak sama ngan psycho kan?  or, ker sama?
AKU: apa pun.. kira approach psikologi lah tu.. mengkondisi adalah melakukan sesuatu supaya mendatangkan impak propoganda.. \”conditioning impact\” gitu.. 
BORED: wahhhhhh
AKU: maknenya.. ada awareness ttg sesuatu perkara
AKU: psycho.. ada unsur memaksa
BORED: ohhh memaksa ehh? ok
AKU: iklan adalah impak kondisi dlm mempropoganda sesuatu pendapat
AKU: heheh contoh.. dia org guna mawi utk kenalkan sesuatu barangan, jadi kalau siapa guna barangan yg digunakan oleh mawi.. nanti pengguna tu akan perasan dia mawi
BORED: hahaha
AKU: hehehe den mula nak bebel nih.. 
BORED: hahaha…tau tak per
AKU: hahahaha kalau sanggup dengar, takpe
BORED: ehh awat kita ckp pasal ni mlm ni
AKU: hehe tukar genre chat, kot? biar tak boring.. sekali sekala.. ok tu
BORED: hahaha kalau selalu topikjiwang karatzz, nanti ada plak yg majuk ek?
AKU: hahahahahahah siap ada org tu nanti kena paksa type \”BYE\”
BORED: saper ….?…u?
AKU: apa plak den
AKU: tapi org tu tak berani type.. dia type \”bye\’ je
AKU: hahahahahahahahahah
BORED: kena paksa ekkkk…ada konsep paksa2 ni hheehe
AKU: kira ada persamaan kaedah psycho lah tu hhahahahahahah
BORED: hehe yolah fahamlah den itu encik..! kira time tu tak nak over berani…mmg nak ikut jer apa yg org tu nak
AKU: tak sangka.. kita guna teknik propaganda dlm hal ini
BORED: u yg guna, bukan den.. org kg den tak penah ajar teknik ni hahahha
AKU: u gunaimpak kejutan dan impak reversal, u tak perasan ek?  
BORED: hehe time bila tu
AKU: nantilah.. bila u guna den bagi tau

Jam sudah hampir empat pagi, kami off YM..

(bersambung…)

Sept 9, 2006

September 8, 2006

9/9/06

EDISI KHAS:
Bored Bertandang/Berpindah Ke Rumah
Pengantin Lelaki/Suami.
Direnjis-renjis Dipilih
 
Hari ini Bored akan dihijrahkeluar dari penantian maya aku.. Hijrah yang meragut.. Hijrah yang menamatkan.. Dan hijrah yang memulakan.. Hari ini, Bored memperteguh perubahan statusnya — dari seorang kekasih maya, penawar sepiku, kepada seorang wanita yang bergelar isteri.. Bored wajib mewarnai sebuah visi realiti yang telah dilakar untuknya.. Meninggalkan ruang maya yang kami cipta bersama, sepi begitu sahaja..
 
Betapa, tidak dapat aku tanggapkan, apa perasaan Bored ketika melangkah bergaya dengan pakaian berwarna tema, dengan hati berbauran irama (mungkin)– diarak, setapak demi setapak.. Menyusur jauh ke dalam lubuk hati, membina selembar cinta.. Diasuh untuk menyusun kata, mengamal bicara, merongkai rahsia esok yang tak jemu datang mencabar..
 
Sembah Tari
 
Tidak dapat aku tanggapkan juga, akan ketersergaman singgahsana di istana bahagia, yang telah tersedia itu.. “Jangan endahkan lagi, apa terjadi pada nasib semalam..” Mungkin itu tekad dua mempelai, semoga bahagia dicari, tidak terganggugugat.. Aku menyambung rundung, kerana kehilangan tempat mengadu rasa..
 
Sesekali aku terpanggil untuk merujuk ke ruang Yahoo Answers.. Aku melontar gusar, di situ..  ” The girl I love most is moving into someone else’s heart, (a confirmatory matrimony) today.. What shall I tell me?”
 
Beberapa ucapan “takziah” menyusul — meneman lara aku, menghitung detik perlahan, di tarikh September 9..

“You should tell yourself that it’s time to get over her and move on, she’s marrying someone else. Sad as it is, all things really do happen for a reason.” (flashypsw)

“Well I hope you meant “tell her..” I would gather up some balls and crash the wedding……..CRASH IT” (Metal)

“Does she love you though???” (plymouth c)

“Sorry that you are going thru this. It depends on what’s your purpose. If she loves you and is waiting for you and you plan to marry her, you need to tell her now. Otherwise, wish her a good life with her husband. Really, you don’t have to tell her anything if she has moved.”  erinlovestv)

“Tell yourself to stop thinking about this girl, get on with your life, and find someone who will appreciate you for who you are.” (purpleeyes33)

“I would tell her the truth and see how she reacts, it’s never to late to tell the truth if she still gets married …….. i guess it wasn’t meant to be… but you never know that might be your future wife.” (yelenia0)

Ucap takziah yang paling aku gemar adalah tiga ungkapan berikut. Ringkas – Tepat – Padat..!

You should tell you “damn, I’m glad that’s not me!”   (CowboyBill)

What did u do, that she left u? (Minnalgal)

“Move on. She has..!” (blushing.bri…

Bagi ungkapan (1), memang seharusnya aku ada banyak sebab untuk berkata begitu, dan seharusnya juga, aku ada banyak sebab untuk tidak berkata begitu.

Bagi ungkapan (2), hanya Bored seorang sahaja mengetahui akan agenda tersorok yang tidak pernah dikatakannya kepada aku. Aku memang maklum tentang “agenda tersorok” ini.. Sering aku bertanya “kenapa aku?” “kenapa di saat ini, kau berada di samping aku” dan “ke mana halatuju kita?” Soalan-soalan ini tidak pernah terjawab. Bored tidak pernah bincang masa hadapan, setiap kali hadir ke pangkuan aku. Apa jua perbincangan kami, bersifat kini dan semasa semata-mata..  Satu kecenderungan keliru, walaupun Bored sedia menghiburkan aku, lebih dari apa yang aku minta.. “What did u do that she left u” lebih tepat jika diolah semula kepada “what did u do and didn’t do, that she decided against u..”

Hmm, “Move on. She has..!” Menarik cadangan di ungkapan (3) ini.. Mungkin pemberi pendapat ini bermaksud: Selagi bernafas, setiap manusia harus bergerak. Kan kita dibekalkan lima panca indera? Manusia “ideal” tak sepatutnya “idle”..!  Jika tidak, kita akan dilabel “putus asa”.. Kan cinta sejati, cinta sebenar-benarnya, semestinya dikhaskan untuk Tuhan, Allah Aza Wa Jalla? Mereka yang bercakap ini, mungkin tidak arif dengan bezatafsir antara “the past” dan “memories” agaknya.. Mereka, manusia yang tidak ada perasaan.. Manusia yang sengaja tidak mahu menghormati perasaan orang yang selalu berada dalam keadaan “kalah”.. Mereka puas bila dapat peluang keluar pendapat.. Pendapat yang suka memusuhi orang di pihak kalah.. Pendapat yang tidak terapeutik lansung walaupun dikaitkan dengan Keagongan Tuhan yang Esa itu.

Cinta kepada Allah adalah Ad Din — teras kepada iman & keimanan.. Hablum_minallah.. Tututan theology yang wajib dipercaya dan diamal.. Sambil itu, dalam mencari kesempurnaan, hak kita untuk menyintai seorang manusia, juga, tidak boleh dinafikan.. Tuntutan hablum_minan_nas, namanya.. 

 

Sekian, Allah sahaja yang mengetahui.

Sept 6 – Sept 8, ’06

September 6, 2006

6/9/06 (sambungan)

“Kenapa kau suka tidur siang?” Lontar Foxyman, sebaik sahaja aku mencelikkan mata untuk menunaikan solat zohor. Aku tahu Foxyman terkilan kerana mata aku celik dua jam setelah azan zohor berkumandang. Tapi, Foxyman tak sepatutnya terkilan, kerana keterkilanannya persis sikap sebuah periuk hitam berkerak yang cuba-cuba sinis terhadap kehitaman belanga di sebelahnya..

“Kau tidur siang jugak..” Aku mempertahankan satu-satunya hak yang telah lama aku nikmati selama ini.

“Aku berjaga malam, aku dapat rezeki.. Kau?” Keghairahan Foxyman untuk menghentam terpancar melalui nadanya yang cukup sinonim dengan aku.. “Mengelamun depan komputer, tak tentu pasal..”

Foxyman memang suka bertekak. Pantang dapat isu, dia akan bertekak selagi aku tidak mengalah.. Dan seperti biasa, aku tidak akan mengalah begitu sahaja. “Mengelamun atau tidak, itu perspektif engkau.. Engkau mana tahu apa yang aku cari dan apa yang aku jumpa..!”

“Mencari sesuatu yang bakal hilang?” Pandai Foxyman buat pernyataan supaya aku marah dengan diri aku sendiri.

 

7/9/06

Beberapa bulan dulu, semasa berkunjung ke subuah laman chat sambil mendengar

Kopratasa mendendangkan Masihkah Kau Ingat 

Aku terserempak dengan “bored,” satu watak yang tidak asing dengan aku, walaupun dia tidak menggunakan nama yang semua orang kenal sebelum ini. Hanya aku sahaja yang tahu mengapa dia menggunakan nama sebegitu, pada malam itu. Hanya aku sahaja, diantara ramai kenalan di chat room itu, yang tahu hatibudi sebenar yang dimiliki oleh pemilik nama yang sebegitu. 

Pada aku, Bored ada ciriperlu bagi penampilan seorang yang “caring,” yang membawa aku terawang ke sebuah dimensi maya yang luar biasa. Di luar jangkau sesiapa yang tidak berani meneroka infiniti. Dimana, sebuah kembara minda yang tidak pernah aku duga, boleh berlaku.

Bored, walaupun matang dalam kerjaya, matang dalam menangani kerenah kawan, matang dalam mengimbang suasana dan perasaan, tetapi, oleh kerana jurang angka usia yang ketara luasnya, aku masih menganggap dia seorang budak. Aku sudah mengharung berbagai pengalaman hidup, dan dia,  masih mencari serta masih mengujikaji kaedah hidup bahagia.

Seminggu sebelum ini, seperti juga minggu-minggu atau bulan-bulan sebelum ini,  aku bergaduh dengan “Bored” – dia marah dan menghilangkan diri – aku terhibur pada setiap kemunculan semula dia di laman chat itu. Kami akan bergaduh lagi – kali ini “gaduh” kami bertujuan untuk memujuk saki baki marah yang masih ada. Kami memang dua orang “penggaduh” sejak mula kenal dulu. (“Penggaduh” adalah istilah gurauan, ciptaan kami. Ia bermaksud orang yang suka bergaduh).

Aku tak sangka, kehadiran “bored” pada malam itu, adalah satu permulaan kembara maya yang bakal mengguris kewarasan aku. 

“Siapa kau sebelum ini?” Tiba-tiba “Bored” serius…  “Bukannya apa, kalau taknak bagi tahu, tak apalah..” 

Begitulah cara Bored menentukan kriteria sebelum melayakkan aku menjadi kekasih merangkap “tikus ujian” dia.. Bored pernah menggelar aku “mondok” kerana aku menceritakan kisah kumpulan tikus mondok yang bermastautin di lorong lorong bandar Kota Baru, beberapa dekad lalu.

Pelawaan Bored aku terima dengan ghairah. Maklumlah, aku tak pernah ditemukan dengan orang yang sudi dengar kisah kecelakaan dan kegagalan. Kisah aku yang tak ada happy ending — “Tak komersial.. Nanti tak ada sponser..” Kata penilai drama di stesen-stesen tv tempatan.. “You tahu, siapa sponser dan pengiklan utama tv? Mereka tu korporat penyokong kerajaan.. Oleh yang demikian, jangan syok sendiri.. Lakonan orang tempatan, berkenaan orang tempatan, untuk persembahan tv tempatan, mesti berlatarkan perisian tempatan yang bagus-bagus..!” Itulah saranan orang tv, setiap kali aku kemukakan cadangan, kepada mereka. 

“Kau tipu duit syarikat? Kau masuk penjara? Kau penagih? Kau jual dadah? Kau mencopet–shoplifting–keluar-masuk lokap? Kau jadi kutu rayau di Chow Kit? Kau masuk SERENTI? Kau..? Kau…? Dan kau….? Semua keterangan tentang kecelakaan hidup aku diserap oleh “bored” dengan analisis berhemah dan wajah lopong..

“Eh, kau bukan HIV positive, kan?” Wajah lopong Bored bertukar menjadi wajah selamba. Ini membuat seri kebudakan dia terpancar semula.. “Heh, sori sori, janganlah marah, aku gurau je..”

 

8/9/06

Bored adalah satu-satunya rakan chat yang tak pernah aku marah. Aku tak ada sebab untuk memarahi dia. Walaupun, pernah di beberapa ketika, dia tergugup di hadapan aku kerana cuba menyampaikan satu kata hati yang telah lama terbuku di situ. Bored sedar, bahawa kata hati itu berat untuk diluahkan. Ia bakal menjana sebuah kuasa pemusnah – samakuasa dengan sebuah ledakan nuklear yang bakal melenyapkan sebuah fakta maya. (Walaupun dianggap fantasi oleh sesetengah pihak)

Dalam kembara maya kami, kami mencipta kenyataan – kami ada deklarasi tersendiri. Di antara kami, sudah ada nilai yang amat bernilai – cukup untuk menangkis apa jua ancaman kemusnahan pada tekad yang terangkat. Aku yakin dan Bored juga yakin. Pendek kata, Bored tidak  mahu aku dan juga dia, terhempas berkecai dimamah rakus keadaan.

Dua jam waktu maya kami berlalu, namun, keterbukuan kata hati Bored, masih terlekat di kerongkong dia.. Aku resah, Bored gelisah.. Seperti biasa, kebudak-budakan Bored memecah buntu.. “Berapa banyak duit syarikat yang kau dah kebas?” Aku belum sedia untuk menukar suasana.. “Sampai setengah juta?” Aku mengangguk.. “Ke, lebih?” Aku angguk lagi.. “Ke, lebih dari yang lebih itu?” Aku tersengeh, kebudak-budakan Bored sudah menguasai rentak maya kami.. “Ish, kalau aku kenal kau dulu, kan best.. Aku kenal ramai remiser, tau.. Tentu dia orang boleh bagi khidmat runding macam mana nak labur duit tu..”

“Tak payah susah-susah, semua duit tu dah lebur..” Aku serba salah untuk cerita lanjut. Faham sahajalah, bagi seorang gadis manis, cantik, periang, bekerjaya lumayan lagi profesional seperti Bored, tentu tak memilih lelaki sampah macam aku, untuk dijadikan teman seumur hidupnya..

“Jangan tidakkan peluang kau sendiri” Tegas Bored.. 
“Aku menidakkan peluang, atau kau mengambil peluang terhadap kelemahan aku?” Jawapan ini aku jawab di dalam hati sahaja..

“You really love me, ke?” Bored menggegar seluruh tubuh badan aku..
“Itu satu soalan atau satu jawapan?” Aku tahu Bored pening dengan gaya kiasan sebegitu..
“Kalau tak jawab soalan aku dengan satu soalan, tak boleh ke?” Bored memprotes. 

Madah-madah indah dan rapi susunkarangnya menyusul, bagi memperjelas samar yang tidak terjawab tadi.

Sedikit pun aku tidak menyangka, bahawa nukilan yang aku cipta untuk dia telah mengundang aku untuk bergelut dengan satu cengkaman graviti realiti – aku masih tidak  mahu percaya bahawa madah-madah yang aku nukilkan, adalah rantaian harap pada satu masa hadapan yang tak mungkin berlaku. 

“Jadi, kau ambil keputusan untuk ghaib dari hidup aku?” Lagak Bored persis seorang Gestapo. Aku tunduk sahaja, sambil tiru lagak P. Ramli melakonkan watak Labu yang akur dengan watak Haji Bakhil.

“Masa dia orang sumbat kau dalam jel, apa dia orang buat dengan kau?” Tambah Bored.
“Eh, kesitu pulak dia?!” Fikir aku sebelum aku laporkan suka duka aku semasa menjadi banduan.. “Kalau dah disumbat ke dalam jel, dah tentu aku dilayan macam tahu sumbat..”  Bored mengekek dengan kebiasaan aku menjawab soalan-soalan dia.. Itulah agaknya, satu-satu tarikan yang membuat Bored sanggup mengorbankan masa tidur dia, untuk bersamamaya dengan aku.. Tiap-tiap malam, sampai ke pagi..

“Di situ, aku belajar hisap fit..” Bored tersentak, bagaikan tidak percaya bahawa aku pernah menjadi seorang penagih tegar, selepas bebas dari menjalani hukuman..

“Semua banduan hisap fit?” Bored ragu dengan keikhlasan aku untuk bercerita.. “Ish aku tak percayalah, dadah boleh masuk ke dalam penjara..!”

“Tak semua..” Jawab aku “Yang belajar-belajar amal budaya gay, ramai juga..!” Terbeliak mata Bored, bila mendengar kenyataan ini.

“Kau amal?” Bored seperti memaksa aku supaya jawab tidak.. Aku tersengeh sahaja, dan dengan sengaja aku cuba kelirukan dia.. “Dalam empat penjuru tembuk Pudu, yang nampak tenang dari pandangan luar, kami ditempatkan dalam satu dunia lelaki yang dihuni oleh lelaki-lelaki berbagai pembudayaan dan pengalaman..”

“Heh, brother, jangan kata, kau jenis mudahserap dengan pelbagai pembudayaan..!?” Apabila lihat aku malas layan soalan itu, Bored teruskan interogasi dia.. “Okey, tell me.. kalaulah kau seorang pengamal gay, err, kau di pihak pengena atau pihak yang kena..?”

Aku gelak.. “Hey, apalah punya soalan nih?!”

Minat Bored untuk mencungkil misteri perwatakan aku yang hampir samausia dengan emak dia, semakin ketara.. “Amal atau tidak? Kau seorang pengena atau seorang yang kena?”

Aku tersengeh bebal..”Pengena apa? Yang kena macam mana?”

Bored mendengus kerana kebebalan yang aku sengajakan ini.. “Luar tabii..! Nabi tak mengaku umat tau tak!? Hegh, aku nak tidurlah.. Tak kuasa aku nak layan lama-lama, orang bebal macam kau ni..!”

“Eh, kenapa kau ni? Sekejap anggap aku gay, dan sekejap anggap aku bebal..” Aku terpaksa berusaha, aku tidak mahu Bored mengantuk dan tinggalkan aku seorang diri untuk menunggu kedatangan waktu subuh. Kebolehan aku untuk menahan Bored dari keluar tanpa restu aku, memang cukup berkesan. Alangkah beruntungnya aku kalau dapat memperisterikan orang seperti Bored.. Cukup prihatin dengan perasaan aku, patuh dengan kehendak aku, dan sentiasa bersedia untuk mendengar segala rintihan yang kadang-kadang dipenuhi unsur mengada-ngada..

“Yakinlah sayang oii..” Aku memujuk “Naluri aku terhadap perempuan masih jitu, walaupun hampir tiga tahun merengkok di sana..”

“Jadi kau tak pernah mengena dan dikena?”

“Teruklah kau ni..! Tukar topik tak boleh ke?” Aku sudah mula terkuap-kuap kerana jam sudah menunjukkan hampir tiga pagi.

“Aku nak dengar pengakuan kau sebelum aku masuk tidur.” Bored memang ada style – kedegilan dan ketegasan untuk mendesak jawapan, adalah salah satu kaedah bermanja yang tertonjol sejak aku mengenali dia.. Dan, aku senang dengan tektik nak bermanja sebegini..

“Entah..!” Itu sahaja yang aku mampu untuk menyekat Bored dari banyak soal.. Kadang-kadang, aku terpaksa bersikap tidak se”inforia” seperti yang diamalkan oleh RTM.. Bukan semua informasi tentang lelaki harus tersalur ke pengetahuan wanita – walaupun dia wanita kesayangan kita.. 

Bored mengeluh akibat “dasar tertutup” aku. “Hari itu, kau sendiri berjanji nak ceritakan semua kisah-kisah lampau untuk diarkibkan di hati aku.. Ingat tak? Sekarang kenapa ada dasar tapisan informasi pulak?”

Aku terperangkap dengan janji “hari itu” aku.. Bored bijak psiko – pening aku dibuatnya.. “Aku pernah kena sebat dari belakang, oleh seorang warder tua tapi garang semacam.. garang tak bertempat..”

“Kes apa?” Tanya Bored dalam nada nakal..

“Agaknya dia cemburu bila nampak aku borak-borak dengan sorang budak lembek.. Jambu pulak tu..” Jawab aku.

“Berborak ke, ber”apa-apa” ke?” Tanya Bored lagi.

“Hah, budak tu ke dalam, pasal cuba bunuh bapak dia.. Siapa berani nak Ber”apa-apa” dengan dia?” Aku diam sebentar untuk beri peluang Bored bertanya, tetapi Bored tidak bertanya.. Aku terpaksa fikir untuk mengada-adakan cerita supaya Bored tidak mengantuk. “Dan, nak jadikan cerita, selepas tenguk aku kena sebat, dia mintak ditukarkan ke bilik aku..”

Bored ada sebab untuk mencungkil tahap penerapan budaya gay aku.. “Whoa, sebilik dengan budak jambu.. Sebilik berapa orang?

“Jangan risaulah, tiap-tiap bilik, diwajibkan tiga orang..”Aku tangkis prasangka Bored..

Bored masih beriya-iya untuk pastikan aku bukan gay.. “Kalau semua yang berada dalam bilik tu berbudaya sama, meriahlah ek, dengan kehadiran seorang mat lembik?”

“Memang aku dan Jim mengalu-alukan kedatangan  si Mat Lembik ni.. Sal (ringkas bagi Salman) dari keluarga berada, ada ramai contect di luar, dan pandai buat kawan dengan warder yang selalu lalu depan bilik aku..” Aku fikir sekejap, dan selepas itu..”Dia ni memang kaki gian..!”

“Dengan resume begitu, bilik kau mewahlah dengan barangan “Import-Export?”  Celah Bored.. “Termasuk heroin, rokok, dan sebagainya? Dan sambil itu ada hiburan sampingan pulak..”

“Penjara bukan tempat berhibur..” Aku cuba heret Bored kembali kepada kenyataan..

“Kan baik terima alternatif, dari bosan berpanjangan..” Cabaran Bored ini, aku balas dengan satu ayat yang merentap kelekaan Bored.. ” Macam apa yang kau lakukan kepada aku sekarang?

“Lakukan apa?” Tanya Bored, hairan.

Aku biarkan Bored menafsir sendiri soalan itu.. Kerana, aku tahu, dia memang maklum dengan maksud soalan itu.. Dia memang sudah lama maklum, yang dia akan ditunangkan dengan seorang pemuda pilihan emaknya dan disokong penuh oleh semua adik beradik, serta rakan tolan di sekeliling dia.. Kasih sayang, keperihatinan dan pujuk cumbu dia untuk aku adalah sementara sahaja. Sementara dalam erti kata, menunggu tarikh sebenar akan berlakunya segala yang telah dirancang untuk dia.. “Kau seorang escapist..” Aku sering lempar tuduhan itu kepada dia, setiap kali aku terkilan.. Mengapa tidak.. Aku dijadikan objek pengisi ruang bingung dalam benak dia.. Bored bingung kerana keluarga dia, sedang menyumbat seketul jisim yang asing untuk dia..

Aku memang tidak ada harapan untuk mendapat sebarang pertimbangan dari pemikiran konservatif yang mempengaruhi dunia Bored. Lantaran itu, aku terpaksa “maklum,” akan kedudukan sebenar aku dengan Bored, walaupun Bored belum berani untuk memperkatakannya.. Dan, aku memang tidak mahu mendengar, jika Bored ambil keputusan untuk membuat pengisytiharan kelak.

(bersambung…)