pilihanraya

Oleh kerana pilihanraya sudah berada di sebalik selekoh (just around the corner), aku turunkan kata-kata Pak Usman Awang di sini..

Melayu…..

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang org mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amok tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yg murni
Maaf diungkapsenentiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Advertisements

2 Responses to “pilihanraya”

  1. Mungkal_Deli Says:

    Salam,
    tersirat dan tersurat sama berat. alahai bangsaku…
    _Deli

  2. JJ swam Says:

    dalam perjalanan mencapai taraf glokal, melayu mula hilang akal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: