Puisi Orang Beradat

Sempena pilihanraya ke12 ini aku turunkan puisi adat pepatih seperti berikut..

Bermula membilang dari satu
Bermula mengaji dari alif
Bermula pandai dari belajar
Bermula bengkeng dri kurang ajar
Bermula cerdik dari bersabar
Bermula tahu dari berguru
Bermula faham dari pengalaman
Bermula manfaat dari nasihat
Bermula teladan dari usia tua.


Bermula memanjat dari bawah
Bermula membajak dari sawah
Bermula hajat dari maruah
Bermula bijak dari amanah
Bermula cinta dari kenal
Bermula kasih dari sayang
Bermula keluarga dari perkahwinan
Bermula ibu dari seka waris
Bermula ayah dari sirah bersalasilah.


Bermula negeri dari alam beraja
Bermula kuasa dari luak berpenghulu
Bermula adat dari suku berlembaga
Bermula peraturan dari anak buah berbuapak
Bermula kecil dari bernama
Bermula besar dari gelar
Bermula lelaki dari tuah
Bermula perempuan dari bersunah
Bermula untung dari berlambung
Bermula laba dari berhitung
Bermula rugi dari tak berbudi
Bermula laut dari pecah perahu
Bermula darat dari pecah periuk
Bermula cicir dari berpungut
Bermula hilang dari dicari.


Nan diarah nan dieja
Nan ditilik nan ditimang
Nan sebaris tiada lupa
Nan setitik tiada hilang
Nan disambung nan terhubung
Nan dikerat nan terkabung
Nan ditampal nan terkoyak
Nan diselam nan terbenam
Nan dilompat nan bersetumpuan
Nan ke bukit sama didaki
Nan ke lurah sama dituruni
Nan di laut sama direnangi.


Kok mendapat sama berlaba
Kok menghilang sama berugi
Kok mengukur sama panjang
Kok membilang sama laweh
Kok beragih sama banyak
Kok menimbang sama rata
Kok mandi sama di hilir-hilir
Kok mengecek sama di bawah-bawah
Kok lama kaji berulang
Kok lama jalan tak bertempuh
Kok tersinggung dek naik
Kok terlentung dek turun
Kok kurang ririknya bak batu
Kok kurang susunnya bak sirih
Kok kurang cupak minta penuhkan
Kok sesat cakap minta tepatkan
Kok berkelok jalan minta lapangkan!


Adat teluk timbunan kapar
Adat gunung timbunan kabus
Adat bukit timbunan angin
Adat enau berpangkat turun
Adat pulai berpangkat naik
Adat sebenar-benar orang beradat
Adat nan layu jika dianjak
Adat nan mati jika dicabut
Adat nan bersendi pada hukum
Adat nan bersendi pada kitabullah
Adat ibu segala adat ialah ‘muafakat’!

Advertisements

2 Responses to “Puisi Orang Beradat”

  1. Mungkal_Deli Says:

    Salam,
    Yang kian dilupa dan terlupakan.
    Andai…
    … berhenti sebelum berkata;
    … berfikir sebelum berbicara;
    … beralas bila bersuara;
    kan elok sadonya. Tapi dah dek manusio namonya (sarupo ambo juo)…
    _Deli

  2. JJ swam Says:

    oh ado tambahan yo..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: