Archive for April, 2008

Berjimat: Menabung Sambil Melabur

April 30, 2008

Unit Trust (Saham Amanah) Alliance Dana ADIB adalah sebuah dana equiti Islam yang dilancarkan oleh Alliance Investment Management Bhd (AIMB) pada 25 Mac ’04 yang ada persamaan seperti ASB atau lain dana amanah yang dianjur oleh kerajaan.. Cuma bezanya, ASB tidak ada perubahan harga yang ketara jika dibandingkan dengan unit trust yang diurus oleh AIMB.

Objektif pelaburan dana adalah untuk memperoleh peningkatan modal dalam jangka masa sederhana (1- 3 tahun) hingga jangka masa panjang (5 tahun ke atas) melalui pelaburan sekuriti yang tersenarai di pasaran sekuriti Malaysia, berlandaskan Prinsip Syariah. Pelaburan yang telah mencapai pulangan keuntungan (purata 18%-25% setahun) boleh dikeluarkan pada bila-bila masa..

ADIB dilanggan dengan jumlah pelaburan minima RM1000 atau langganan melalui penyertaan Pelan Simpanan, dengan simpanan permulaan RM500 dan diikuti oleh simpanan RM50 setiap bulan (nilai minima).

ADIB menawarkan pulangan melalui penberian Distribution tahunan dan Capital Gain (untung unit).. Capital Gain dibayar bila pelabur membuat redemption keatas pelaburannya.


Perkiraan Distribution, Capital Gain:

Pelaburan = 10,000 @ 0.75 sen se unit
tolak service charge 8% = RM800, nilai akan berkurang kepada RM9200.

Total Unit = 9200 @ 0.75sen = 12266.6 unit.

Katakanlah setelah setahun, harga seunit meningkat ke paras 95sen/unit..dan anda ingin menjual (redemption) semua unit anda.. Apa pulangan anda? (Peningkatan harga seunit = 26.67%)

Distribution = 26.67 dari RM9200 x 1thn = RM2453.64
Untung Seunit = Harga Jual – Harga Beli = 0.95sen – 0.75sen = 0.20sen seunit
Capital Gain = Jumlah unit x untung seunit = 12266.6 unit x 0.20sen = RM 2453.32
Total Return = Distribution + Capital Gain = RM 2453.64 + 2453.32= RM 4906.96

Jumlah Terkumpul = RM 9,200 + RM4906.96 = RM 14106.96

Insya Allah.

Melabur Di Saham Amanah Islam

April 21, 2008
src=\”https://jjswam.files.wordpress.com/2009/05/1208794340-hr-425.jpg\”

SESIAPA BERMINAT SILA TINGGAL NO TELEFON DI RUANGAN \”COMMENTS\” ATAU EMAIL: sannov73@yahoo.com

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007).

Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

Syarat-syarat Yang Ditetapkan

  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.


KWSP PERKENAL SIMPANAN ASAS SETIAP PENCARUM MULAI FEBRUARY 2008

Utk membolehkan pencarum mempunyai sekurang2nya RM 120000 sebaik shj pencarum mencapai usia 55 tahun kerajaan memperkenalkan konsep ini. Jika dulunya utk LAYAK melabur tanpa cash kedalam unit amanah ( skim pelaburan KWSP), pencarum perlu mempunyai minimum RM 55000 dalam AKAUN 1..mulai february tidak perlu lagi.

UMUR ———–> SIMPANAN ASAS

25 ————–> RM 9000
30 ————–> RM 18000
35 ————–> RM 29000
40 ————–> RM 44000
45 ————–> RM 64000
50 ————–> RM 90000
55 ————–> RM 120000

CONTOH: ALI UMUR 28 TAHUN ADA 32000 DLM AKAUN PERTAMA

RM 32000 – RM 18000 = RM 14000 LAYAK UTK DILABURKAN
PENGELUARAN PERTAMA = 20% X RM 14000
= RM 2800
PENGELUARAN KEDUA = 20% X ( RM 14000- RM 2800)
= RM 2240
*Pengeluaran kedua adalah selepas 3 bulan pengeluaran pertama
dan pengeluaran seterusnya mcm ni jugak

Mengapa pencarum KWSP perlu mengambil peluang ini?

1) Pulangan EPF 3,4 tahun kebelakangan hanya sekitar 5%
berbanding 10% keatas dalam dana2 unit amanah
2) Charge pelaburan dahulunya sekitar 6.5% utk unit amanah..
Sekarang, bermula 2008 hanya 3% charge bagi pelaburan EPF.!!!
3) ambil peluang utk duit dlm akaun pertama bekerja lebih kuat utk anda — anda tak boleh keluarkan duit tu lagi pun..selagi tak mencapai 55 tahun umur

A trust is a separate legal entity that holds property or assets of some kind for the benefit of a specific person, group of people or organization known as the beneficiary (beneficiaries). The person creating a trust is called the grantor, donor or settlor. When a trust is established, an individual or corporate entity is designated to oversee or manage the assets in the trust. This individual or entity is called a trustee. A trustee can be a professional with financial knowledge, a relative or loyal friend or a corporation. There are pluses and minuses to each type of trustee. An individual trustee may provide a more personal touch, but may die or move away. A corporate trustee may be less personal but provides experience, investment skills, permanence and impartiality. More than one trustee can be named by the grantor if he or she wishes.

About AIMB

Alliance Investment Management Berhad (AIMB) is a subsidiary of Alliance Investment Bank Berhad (AIMB) and is among the top 10 fund managers in the country with Assets under Management (AUM) of RM2.34 billion (as at 31 May 2007) for institutional, corporate and high net worth clients on segregated accounts basis. Such accounts are managed based on client dictated mandate and they generally differ from client to client. Our strong pool of resources of fund managers and in-house research professionals has enabled us to provide this wide-ranging service to meet the needs of our valued clients.


Alliance Dana Adib

Suitable for Investors who:

  • Seek high capital appreciation over a longer period of time and do not expect any dividend or regular income from their investment;
  • Are willing to accept moderate to high risk tolerance;
  • Prefer to invest in Shariah-compliant stocks & securities.

Fund Information

Type of Fund: Islamic Growth Fund
Category: Islamic Equity Fund

Investment Objective
To attain capital growth in the medium to long term by investing in securities listed in the Malaysian equities market whilst abiding by Shariah Principles.

Asset Allocation
Shariah-Compliant Equities: Min 50% & Max 90%
Islamic Fixed Income Securities and Liquid Assets: Min 10% & Max 50%

Investment Strategy
To employ a top down approach in deciding appropriate asset allocation at any one time and a bottom up approach in selecting stocks. The focus will be on value and growth stock.

Investment Risks
Market risk, Interest Rate risk, Credit/Default risk, Liquidity risk, Reclassification of Shariah Status risk and Specific Stock risk.

Distribution Policy
The Fund may declare by way of income distribution annually as may be approved by the Trustee.

sufiah yusof

April 10, 2008
magnify

104

Na’uzubillah
Keluarga ini Rakyat Malaysia ke? Harap-harap bukan kot?

There you are. I hope the people who agreed and participated in giving Suffiah, a British citizen, a scholarship not long ago, while our homegrown geniuses had to quit school to sell pisang goreng or whatever to help their families, are now having something to ponder with..

Klik untuk tonton video
1. Sufiah Yusof Interview
2.
Hooker Sufiah Yusuf

And the Asian beauty defiantly claims that selling her body for up to £1,000 a time provides her with a far more glamorous life than she ever dreamt of when she went to Oxford University aged just 13… “My clients love the fact that I can stimulate their minds AND their bodies,” she boasts in a shockingly frank interview with the News of the World.

Sufiah decided to CONFESS ALL

And the News of the World revealed how the former child prodigy was working as a £130-an-hour prostitute while studying for a masters in economics.

It is the latest heartbreaking twist to a life that seemed so full of promise—but went tragically wrong when she cracked under the pressure of her bullying father’s cruel academic regime and fled university at 15.

Eight years on, he is now in jail for sexually assaulting two girl pupils and Sufiah has somehow convinced herself that her seedy new career is the answer to all her problems.

“People think escorting is sleazy and terrible but I don’t see it like that,” she says. “I’ve always had a high sex drive—and now I’m getting all the sex I want—and guys are much better in bed with an escort than a girlfriend.

“I have men who are thrilled about my passion for mathematics. In fact one made me recite equations while he pleasured me, then I gave him oral sex while he chatted about algebra. It drove him wild.”

And brainbox Sufiah has worked out that subtracting your respectability to become a prostitute can equal big money.

Geert Wilders

April 5, 2008
magnify

310

Referring to the increased population of Muslims in the Netherlands, Wilders has said:

“Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!”

Fitna

Fitna is a 2008 short film by Geert Wilders that explores Qur\’anic motivations for terrorism, Islamic universalism, and Islam in the Netherlands. The film\’s title comes from the Arabic word fitna which is used to describe \”disagreement and division among people\”, or a \”test of faith in times of trial\”. It was the subject of an international controversy and debate on the limits of free speech.

Tajuk: Fitna
Genre: Dokumentari Politik
Konsep: Sebuah filem pendek yang berkisar dalam kekalutan Islamophobia
Tema: Al Quran, A License To Kill
Script: Geert Wilders, Scarlet Pimpernel
Direction and Editing: Scarlet Pimpernal
Produser: Scarlet Pimpernel production
Runtime: 16:48


Pendahuluan:

Selaku seorang Islam, saya marah dan terkilan kerana ada seorang kafir laknatullah bernama Geert Wilders berani menghina Al Quran secara sengaja dan terbuka.. Tetapi, sebagai seorang penggiat penerbitan visual/skrin, saya terpaksa menerima hakikat bahawa saya kagum pada kehebatan penerbitan ini atas kemampuannya menjana sebuah gelombang isyarat yang menggegar gempar kedamaian berbagai pihak, khususnya umat Islam..

Walaupun ia dikategorikan sebagai sebuah penerbitan kos rendah, penayangan dokumentari Fitna, bertindak bagai halalintar bervoltan tinggi.. Ia bersifat destruktif.. Menyambar serta merentung kedamaian hati dan kewarasan fikir sesiapa sahaja yang menonton.. Tidak seperti keluaran Finas dan Filem Negara Malaysia yang telah beberapa kali menerbitkan filem dengan kos berjuta setiap satu, tetapi gagal mendapat sambutan penonton tempatan, apatah lagi antarabangsa..

Kontroversi “Fitna” mendapat reaksi luar biasa.. Terutama sekali protes dari dunia Islam terhadap penerimaan sinis oleh tontonan bukan Islam.. (Mungkin, jika tayangan filem pendek ini tersebar luas di Malaysia, ia dikhuatiri akan mempertingkat keraguan politik serta keresahan di kalangan bukan Islam Malaysia terhadap sistem pentadbiran Islamik di negara ini)..

Bahan Persembahan (Watak & Perwatakan):

Saya tidak menyokong bahan yang dipersembahkan oleh Geert Wilders – Sikap ini harus dikutuk, habis-habisan..! Apa yang ingin saya bincang adalah pendekatan penerbitan serta olahan propagandistik yang cukup berkesan lagi dramatik oleh beliau..

Melalui penyelewengan ke atas tafsiran keEsaan Allah dari beberapa ayat Al Quran, serta kepintaran menempel sunting bahan-bahan video clip dan keratan akhbar (sikap “copy n paste”), Geert Wilders, melalui filem pendeknya cuba mewar-warkan bahawa Islam adalah satu ugama yang tidak bertamadun dan tidak demokratik..

Klip video yang ditempel oleh Geert wilders adalah klip-klip tentang demonstrasi jalanan serta ceramah protes yang kelihatan ganas di kalangan aktivis Islam di serata dunia Arab.. Dunia Arab masih ‘berjihad” menentang kezaliman Zionisme yang disokong oleh campurtangan Amerika dan sekutunya. Ironinya, Geert Wilders menggunakan visual mangsa kezaliman Yahudi dan Amerika (kanak-kanak, wanita dan orang tua) untuk diperlihat sebagai hasil tindak-tanduk orang Islam yang mengikut ajaran Al Quran (ala tafsiran songsang Geert Wilders).. Klip-klip sebegini banyak terdapat di internet dan telah diputir-belit oleh Greet Wilder bagi menepati tujuan penerbitan: The Falling Man 9/11, Al Manar TV, CNN News, Iraqi TV, Palestanian Media Watch, YouTube, Google, dan berbagai laman anti-Islam dan pergerakan pejuang kebebasan Islam.

Mutu Penerbitan (Short Film):

Oleh kerana penerbitan Fitna bergantung sepenuh pada sikap “copy n paste,” maka tidak hairanlah ia tidak memberatkan aspek sinematografi/videografi dan kesan bunyi yang harus ada untuk sesebuah penerbitan skrin.. Geert Wilders hanya mementingkan mesej yang hendak dilontar – dan, dia berjaya.. Dari satu sudut pandang, kaedah ini menepati kehendak penerbitan filem pendek, yang bertujuan untuk mencetus sintesis dari sebuah tesis khusus yang berkonflik dengan satu atau beberapa anti-tesis..


Sifat Propagandistik

Sebagai seorang ahli politik, naluri propagandistik Geert Wilders memang hebat.. Dia taksub dengan tema yang hendak dilontar, bahawa; Al Quran, A License To Kill.. Dia mengharapkan supaya keperihatinan sebegini boleh mempengaruh sambil mengajak sama khalayak yang bakal dibentuk, merenung kusyuk dan teguh dibelakang satu agenda peribadi dalam usaha mempertingkat stategi menghancurkan Islam, buat selama-lamanya.

Mungkin jiwa Geert Wilders telah dirasuk oleh saranan Amerika & sekutu Baratnya yang cuba memonopoli kuasa minyak di Timur Tengah yang rata-rata dikuasai oleh kerajaan Islam – semakin lama Amerika terlibat dengan peperangan Timur Tengah, semakin bertambahlah gerakan urat saraf Amerika terhadap ajaran Al Quran, Nabi Muhammad saw dan pemimpin-pemimpin agong Islam yang enggan mengikut telunjuknya..

Geert Wilders telah dibelenggu oleh dakyah Amerika, dan terpaksa mengheret dirinya untuk menjadi anjing memburu bagi pihak Amerika, walaupun tindakan sebegini akan menjejas jalinan diplomatik antara negara sendiri (Belanda) dengan negara-negara Islam di seluruh dunia.. Atau mungkin, negara-negara Eropah secara diam, memang mengalu-alukan tindak-tanduk Geert Wilders – bayangkan, pengaruh Islam semakin kukuh di situ.. Perangkaan yang mencecah 54 juta penganut Islam di Eropah pada tahun 2007, mungkin dianggap satu angka yang menggugat imej eurosentrik (status quo) warga kulit putih yang lama men
dominasi benua ini.. Pada mereka Islam bukan ugama nenek moyang mereka.. Islam & Al Quran mesti dikekang, dihina, dicela, dihancur lumat dan dipadamkan dengan apa cara sekalipun..


Perkembangan Plot Fitna

Geert Wilders mengembangkan plot Fitna melalui pesongan maklumat supaya ia dapat difaham dengan rasional baru yang mengatakan Islam itu adalah sebuah gagasan ganas yang cuba mencari ruang untuk memerintah dunia secara mutlak.. Dengan ertikata, Al Quran dan Islam adalah lebih ganas dari segala fahaman ganas yang pernah diamalkan di muka bumi ini.. Dan, lebih dari itu, Geert Wilders menuduh Islam menolak demokrasi serta apa jua bentuk ideologi kesejagatan yang telah diterimapakai oleh manusia.. “Geert Wilders ingin MERDEKA dari cengkaman Islam & Al Quran..”

Bermula dengan teks serta bacaan Surah Al-Anfal 8 : 60 yang diterjemahkan seperti berikut: “Prepare them whatever force and calvary ye are able of gathering – to strike terror – to strike terror into the heart of the enemies – of Allah and your enemies,” Geert Wilders menempel visual tregedi dua kapal terbang awam merempuh kompleks WTO, New York pada Sept 11, 2001.. Motif Geert Wilders: Menagih empati penonton melalui memori yang menyayat ini.

Dari jalur memori ini, tanpa lengah, “Fitna” bagai ada satu keinginan mendalam untuk terus membakar dorongan hati penonton supaya terjebak sama dengan segala anjuran yang bakal terhidang sebagai wadah renungan prasangka..

Selepas visual pra dan pasca Ground Zero, dan ceramah jihad yang berapi-api oleh seorang pemimpin aktivis Islam (di satu premis yang berbeza), surah An-Nisa’ 4 : 56 menyusul.. “Those who have disbelieved our signs, we shall roast them in fire. Whenever their skins are cooked to a turn, we shall substitute the new skins for them.. That they may feel the punishment, verily Allah is sublime and wise

Lagi visual rakyat negara Islam memprotest kezalim zionis terpapar (tetapi dipesong supaya ia menjustifikasi tafsiran songsang seperti di kehendaki oleh Geert Wilders):

– Ceramah-ceramah anti yahudi oleh tokoh tokoh islam (seruan berjihad)
– Seorang kanak-kanak perempuan di ajar supaya membenci yahudi seolah-olah itu adalah ajaran al quran.
– Mayat mayat mangsa keganasan, dan mangsa serangan bas dan stesen kereta api di Rotterdam, Belanda.
– Ceramah tokoh islam menyeru pengikutnya membenci Zionis.
– Tunjuk-tunjuk perasaan aktivis islam terhadap kezaliman Zionis.

Sebagaimana yang kita ketahui, propaganda mencetus inspirasi di kalangan khalayak supaya berfikir, berperilaku dan bertindak mengikut pemikiran yang dianjur. Bagaikan Api & Sejanta api, propaganda boleh menghasilkan kesan konstruktif mahu pun destruktif. Ia tidak bermoral semulajadi (inherent morality). Apa jua moral yang terlibat, adalah cetusan Geert Wilders yang mengharap penerimaan khalayak sasar.

Sebahagian dari Surah Muhammad 47 : 4 tentang Jihad “Therefore, when we meet the unbelievers, Smite at their necks and when ye have caused a bloodbath among them.. Bind a bond family on them..”

Ayat yang tidak lengkap ini diburukkan lagi dengan visuals:

– Muhammad Bouyeri, pembunuh Theo Van Gogh, seorang atheist dan pembikin filem yang menerbit sebuah filem 10 minit berjudul Submission yang memapar topik tentang penderaan lelaki Islam terhadap wanita Islam di Eropah (bagi tujuan menghina). Dari dalam kurungannya Muhammad Bouyeri berazam untuk bertindak serupa kepada sesiapa sahaja yang sengaja memutar-belit fakta kehidupan di dalam sistem masyarakat Islam..

– Seruan seorang pemimpin arab kepada pengikut untuk memerangi zionist.
– Pengawal Saddam Hussain memenggal kepala tebusan


Apakah kesan yang ingin dicapai oleh Geert Wilders?

Bergantung pada kuantiti dan ketepatan intepretasi sesuatu maklumat, manusia akan bertindak untuk mengenali jalur-jalur yang menyenangi mereka, kemudian bertindak dengan sukarela untuk mengisi “kekosongan” yang perlu untuk mencapai optima pada matlamat yang dianjur. Inilah asas “pembentukan minda,” yang ingin diterjemahkan oleh propaganda Geert Wilders.

Surah An-Nisa’ 4 : 89

They but wish that ye should reject faith.. As they do, and thus be on the same footing as they so take not friends from their ranks until they flee in the way of Allah.. But if they turn renegades, sieze them and loill them whenever ye find them, and take no friends or helpers from their ranks

Visuals:

– Penganut Islam mengagungkan Islam dan memperkecilkan ugama lain di dunia terutama sekali, Christian dan Yahudi.

Surah Al-Anfal 8 : 39
Fight them until there is no dissension (fitnah) And the religion is entire Allah


Visual berunsur takut jika seseorang itu tidak faham apa yang sedang diperkatakan:
– Ceramah oleh seorang pemimpin tentang Islam Itu Ad-Deen
– Komen dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad
– Cermah berapi-api oleh beberapa orang pemimpin Islam… “Islam akan memerintah Britain, Amerika dan Seluruh Dunia”
– Tunjuk perasaan tentang kebangkitan islam..
– Pengawal Saddam Hussain memenggal kepala seorang tebusan politik.

Slogan Islamophobia oleh Geert Wilders:
The Netherland under the spell of Islam
The mosque will be part of the government of Holland

Dan diikuti pula dengan grafik:
Graf pertumbuhan mendadak penduduk Islam di Belanda dari 1909 (54 orang) hingga tahun 2004 (944,000 orang).. Dan. 54 juta orang di seluruh Eropah pada penghujung 2007..

Gert Wilders membayangkan kegelapan masa depan negara Belanda jika diperintah bawah perlaksanaan Hukum Hudud..

Di akhir persembahan, Geert Wilders mengulang anjuran bahawa Islam tidak demokratik dan Quran License To Kill?

Dengan mengosongkan beberapa unsur perlu, Geert Wilders bertindak licik untuk menghasil apa jua impak yang dikehendaki – oleh yang demikian, kaedah perkongsian pemikiran antara Geert Wilders dengan khalayak sasar dilakukan melalui kaedah propaganda terbuka (open / incomplete propaganda) yang memberi ruang selesa kepada khalayak untuk mengisi kekosongan jalur kehidupan yang mereka faham, sebelum menjiwai slogan. “Stop Islamisation” “Defend Our Freedom..”

Walau bagaimanapun, beberapa elemen spesifik yang sengaja dibiar terluang dalam “Fitna,” boleh meransang khalayak supaya mengisi ruang tersebut sejajar dengan pengalaman peribadi mereka. Dengan kaedah ini, mode dokumentari ini mampu bergerak dari hujahan propagandis-untuk-khalayak kepada hujahan propagandis-dan-khalayak.

Dokumentari ini tamat dengan sebuah epilog yang menyeru penjiwaan penonton terhadap pandangan Geert Wilders supaya sanggup menjadi coconspritor untuk membiak kecekapan maksima (propogation ergo) pada mesej anti-Islam yang disogok.

Namun begitu, sogokan jahat Geert Wilders mudah dikenal oleh khalayak, dan, oleh yang demikian, ia memberi ruang untuk hujahan khalayak. Sifat realiti-individu dalam khalayak, akan menentukan kecapaian matlamat “Fitna..” Geert Wilders yang tidak prihatin, bahawa, manusia berakal (tidak kira bangsa dan ugama) cekap menentukan keputusan sendiri, melalui pengalaman dan kesesuaian peribadi.

Berikut adalah komen menarik yang terdapat dari sebuah blog tentang persamaan Geert Wilders dan Muslim Fundamentalist di serata dunia:

Wilders is really preaching a reading of the Quran which is as perverse as the Muslim Fundamentalists themselves: A thoroughly decontextualised reading of the text. What this means is, both Wilders AND the Muslim Fundamentalists take verses of the Quran, assume it means something without checking with other verses of the Quran and make their interpretation. Let me give you an example:

Geert Wilders and Muslim Fundamentalists should attend reading classes together. Learn how to read a book in full sentences

8/39:And fight them on until there is no more fitna and ad-deen is totally for Allah; but if they cease, verily Allah doth see all that they do.

This verse is taken to mean that Muslims are to fight everyone else until they believe in Islam. This is a reading which is typical of the Muslim Fundamentalist, isolated from other verses and Wilders has tremendously benefited from their superficiality. From verses like 9/48, 9/49 and 33/14, we can see that ‘fitnah’ is a state of trials and tribulations, a testing period for those involved. So what then does ‘ad-deen is totally for Allah’ mean’? Does mean that everyone will believe in Allah and the messenger? No, because this is about ‘deen’ (which manifests as social order) and not about “iman’(which is about internal authentication). See 12/103 and you will see that it’s not about faith. Rather, ‘ad-deen is totally for Allah’ is a state OPPOSITE to fitnah, as 8/39 arranges through its syntax. It is a state of peace and security. Believers are to fight for this state of peace.

We could also confirm this from the context of another passage, 2/190-194. 2/190 begins with the phrase ‘fight those who continously fight you and do not overstep’. 191-194 then further expounds on this principle with 193 saying the exact same thing as 8/39 which is ‘And fight them on until there is no more fitnah, and ’ad-deen is totally for Allah’ but if they cease, Let there be no hostility except to those are oppressors. So again we can see that it’s encapsulated in a context of retaliation. Notice also the ending of the verse that says hostilities is only for the oppressors.

How much clearer can it get?

Sebagai tokok tambah kepada komen di atas, saya ingin juga mengsyorkan supaya pemuda-pemuda Melayu yang riuh rendah berdemonstrasi di kedutaan Belanda tempuh hari, serta, kempen ancaman memboikot barangan Belanda yang rancak di seluruh negara dewasa ini, turut berdemonstrasi di hadapan Parlimen Malaysia, sambil menuntut supaya memboikot Barangan Malaysia, atas alasan.. “Ramai Pemimpin dan Para Elitis Malaysia yang bersikap lebih teruk dari Geert Wilders dalam konteks menghina Al Quran (versi Malaysia)..”

Wa Allahu A‘alam Bissawab..

Elo Kawan, Ada Baik Ka?

April 5, 2008
magnify

333

KJ : So, TC , nice suit you have on.

TC : Aiya, cheap suit mah, bought off the shelf from Sungai Wang. I am not a rich man mah. Your suit too looks stunning.

KJ : This one ahh? Very cheap mah. Bought from Harrods during my last trip to London. Only 4444 pounds. Cashmere some more. You want I buy for you.

TC : Buy for me ah ? Sorry lah, not my taste and more over that is too much. Cashmere ahhh? No wonder, I thought Cash Mari ?

KJ : TC, what are those papers for?

TC: Oh, this ahh? These are the report and list of matters i need to bring up this coming parliament debate.

KJ : Wahhhh. Already start to work ahhhh?

TC : Sure mah, time is running out .So, where is your papers?

KJ : Ahh. I don’t need papers. In fact all my dealings are paperless.

Pemuda Umno vs Geert Wilders

April 1, 2008
89 magnify

Saya sempat menonton “Fitna” melalui

Video: Fitna the Movie: Geert Wilders’ film about the Quran (English)

yang menunjukkan geraf bilangan orang muslim di Belanda telah meningkat sejak tahun 1909 dari 54 orang, kepada 944,000 pada tahun 2004. Begitu juga di Eropah, meningkat ke angka 54,000,000 umat Islam pada tahun 2007.

Soalannya sekarang,

Apakah pembuatan film pendek Fitna bertujuan untuk memperleceh al-Qur’an atau ia sebuah menifestasi tentang kegerunan seorang wakil parlimen belanda, bagi pihak rakyat Belanda, terhadap ledakan penambahan umat Muslim Eropah, sekarang?

Apakah ini ada kaitan dengan kempen penentangan terhadap Obama untuk merebut jawatan presiden di Amerika? Di mana, bapa Obama adalah seorang Islam yang berasal dari Kenya yang berkahwin dengan mak Obama (namo lupo lak) ketika beliau belajar di Hawai.

Perlukah kita boikot barangan keluaran Belanda?
Elok dihalusi dalam-dalam — takut-takut nanti, ia tidak berjaya dan memalukan sahaja — cubalah fikir-fikirkan, dah berapa kali dunia Islam memprotes (sehingga menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Salman Rushdi), tetapi apa dah jadi? Protes tinggal protes sahaja ..! Sedangkan Salman Rushdi tidak terjejas sehingga hari ini..

Apa motif Pemuda UMNO riuh rendah di kedutaan Netherland pada 1 April 2008, jika yang bersalah adalah Geert Wilders secara individu, lalu seluruh bangsa Belanda dipersalahkan? Saya harap para ulama dapat mengemuka pendapat terhadap isu sebegini.