BN masih yakin rampas Ptg Pauh

BN masih yakin rampas Ptg Pauh

Walaupun menghadapi tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat, namun BN yakin mampu merampas kerusi parlimen Permatang Pauh esok.

Calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, berdasarkan perkiraan mutakhir, beliau mampu memang dengan majoriti 500 undi jika tidak mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Bagaimanapun, jika ramai pengundi bukan Melayu memangkah BN, Arif Shah berkata, beliau boleh menang dengan majoriti sehingga 5,000 undi.

Menurutnya, sambutan pengundi terhadap kempen BN semakin meningkat dan ia menambah keyakinan beliau untuk menang selepas tiga penggal berturut-turut ia dikuasai presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999.

\”Kali ini saya pergi bilik gerakan (BN), sambutan luar biasa, pengundi tawar diri buat kerja di bilik gerakan.

\”Ini petanda di Permatang Pauh yang kena sumpah (selama) 10 tahun, mereka mahu pembangunan, seperti ketika arwah Haji Nan (bekas wakil rakyat)… kucing mati pun, dia pergi melawat,\” kata Arif Shah lagi.

Beliau diminta mengulas kempen Anwar yang mengatakan \”kalau pilih Arif Shah dapat satu, pilih Anwar dapat dua (ahli parlimen dan perdana menteri Pakatan Rakyat) dan Arif juga telah menjadi Adun Seberang Jaya\”.

Menurut Arif Shah, pada 2004 BN memerintah Pulau Pinang, maka pembangunan lebih mudah disalurkan ke kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, selepas pilihanraya umum 2008, BN menjadi pembangkang di negeri itu.

Oleh itu, katanya, beliau perlu menang sebagai ahli parlimen Permatang Pauh agar rapat dengan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan boleh membantu rakyat di situ.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: